KEMAHIRAN BERFIKIR ATAS TINGGI (KBAT) ATAU HIGHER ORDER THINKING SKILL (HOTS)

Biasa dengar ayat ‘Sel-sel otak berhubung’ di dalam iklan-iklan?

Secara teorinya, betul la begitu. Lagi banyak sel-sel otak yang berhubung, otak seorang kanak-kanak akan menjadi lebih cerdas.

ASAL USUL KBAT

KBAT ni sebenarnya adalah teori pendidikan yang berasal dari Bloom Taxonomy. Ia memerlukan pemprosesan kognitif (berkaitan dengan otak dan pemikiran atau mental skills- knowledge) lebih berbanding yang lain. KBAT memerlukan kita untuk melakukan critical thinking dan mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah yang tinggi berbanding hanya menghafal fakta (rote learning).

Menurut kajian di Switzerland, seorang kanak-kanak sudah boleh dilatih mengenai kemahiran KBAT ini seawal usianya 12 bulan! Sungguh mengejutkan.

Di Malaysia, KBAT baru sahaja diperkenalkan beberapa tahun. Sudah tentu ia mengambil masa untuk dilaksanakan secara penuh. Yang terkejut bukan sahaja guru, ibu bapa dan anak, malah mereka yang berada di dalam industry pendidikan anak-anak juga turut merasai ‘tekanan’nya. Bukan apa, kita yang sudah dewasa ini tidak mengalami zaman KBAT dan tidak dilatih mengenainya. Bagaimana mahu mengajar anak pula kan?

MENINGGALKAN KBAT

Meninggalkan KBAT dan ‘remain old school’ bukanlah satu pilihan. Yelah, kita pastinya nak anak-anak dan generasi kita hebat di persada dunia suatu hari nanti. Setanding dengan negara-negara lain. Maklum juga ye…kita ni berdarah pendekar. Jangan kalah ok!

Persoalannya bukan sesuai atau tidak KBAT ini dilaksanakan. Sebaliknya, bagaimana kita menyediakan atau melatih anak-anak menghadapi dunia KBAT. Atau lebih tepat lagi, bagaimana nak meransang sel-sel otak anak supaya lebih banyak yang berhubung.

4 TIPS

Mari saya kongsikan 4 tips ini yang sesuai untuk dilaksanakan sebelum anak-anak masuk sekolah rendah

  1. Seperti post saya sebelum ini, bezakan di antara ‘Growth’ dan ‘Development’. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, kita perlu buat kerja extra Luangkan masa untuk tahu mengenai ‘milestone development’ anak-anak dan pastikan anak kita mencapai milestone tersebut. Lakukan ransangan sebanyak mungkin terhadap babies and toddlers. Cara yang terbaik adalah berikan mainan berkualiti yang mempunyai nilai pendidikan. Mainan yang akan meransang anak untuk berfikir, bercakap, bertanya soalan dan sebagainya. Minimakan gadget. Apabila milestone development ini telah dicapai, maka akan mudah untuk mereka menerima perkara-perkara yang lain pula.
  2. Latih diri untuk bertanya kepada anak-anak berkenaan ‘open ended questions’. Tidak kira di mana sahaja. Sekiranya mommy atau daddy membaca buku cerita kepada anak, cuba tanya soalan-soalan begini kepada anak:

              “Bahagian mana di dalam cerita ini yang adik suka?” “Mengapa?”

    “Adakah adik suka dengan cara cerita ini ditamatkan?”

    “Cuba adik fikir cara lain untuk tamatkan cerita ini”

              Haha…kelakar pula ayat Bahasa Melayu saya. Izinkan saya untuk  tulis soalan-soalan ini in English.

    “Which part of the story did you like best,” followed by “How come?” Another question to challenge your preschool students is, “Can you think of another way the story could have ended?” or “Do you like the way the story ended?”

       Soalan-soalan begini meransang tahap pemikiran yang lebih tinggi di samping melakukan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap            umur anak-anak.

  3. Mainan permainan ‘Mana yang Hilang’ dengan anak. Caranya begini: Letakkan lima atau enam objek seperti itik berwarna-warni atau kereta   mainan berturut-turut di atas meja. Minta anak untuk melihat dan memerhatikan objek-objek tersebut selama kira-kira 30 saat. Arahkan           mereka untuk menutup mata dan kita ambil satu objek. Rapatkan objek yang berdekatan untuk menutup jurang. Tugas anak adalah untuk           memberitahu kita apa yang hilang dan di mana dalam garis itu.

  4. Ajar anak mengenai pattern atau corak. Minta mereka teka. Contohnya begini: Susun 2 wooden blocks berbentuk empat segi sama berwarna       biru diikuti 3 wooden blocks tiga segi berwarna kuning dan seterusnya 2 wooden blocks berbentuk empat segi sama berwarna biru.                   Kemudiannya tanya anak “What’s next?” Permainan ringkas ini, boleh dimanipulasi dengan apa-apa objek lain yang akan menghasilkan       pattern. Atau corak yang mempunyai pola.

KBAT adalah kemahiran penting di abad-21 ini. Bersama-sama kita hadapi nya. Insya Allah. Jangan skeptikal dengan sentiment bahawa anak kita akan kehilangan zaman kanak-kanaknya apabila mengikuti KBAT ini. TIDAK! Anak kita masih boleh jadi hebat, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan di masa yang sama bergembira sebagai kanak-kanak yang riang.