switch-on-switch-off

Teknik “Switch On, Switch Off”

Lagi tentang teknik “Switch On, Switch Off”. Teknik power ini bukan sekadar berguna bila kita nak buat banyak kerja dalam sehari. Tapi ia juga berguna dalam kita nak mengurus perasaan sendiri bila berhadapan konflik dengan orang lain.

Ha..bagaimana kah itu?

Ingat ye, kita yang kawal perasaan kita. Rasa sedih, gembira, duka tu semua dalam kawalan kita. Orang lain atau apa perkara yang berlaku adalah external factors. Faktor luaran ni kita tidak boleh kawal. Yang kita boleh kawal adalah diri kita sendiri.

Ye betul, itulah faktor yang menyebabkan kita sedih dan sebagainya. Tapi berapa lama kita mahu sedih itu kita tentukan.

Kadang-kadang perkara itu terlalu deep. Orang lain tak rasa apa kita rasa. Orang lain tak lalui apa kita lalui. Tak tahu berapa peritnya penderitaan kita.

Betul. Betul sangat.

But, bila kita sudah buatkan tekad MAHU keluar dari kemelut perasaan dan kedukaan kita, Allah pasti akan tunjukkan jalan.

Mulai hari ini mula belajar tengok jam.

Kena marah dengan bos. OK fine. Kita Sedih. Tengok jam. Kita hanya ada dua minit sahaja dari masa mode sedih itu diaktifkan. Selepas 2 minit, switch off. Bangun, buat air atau terus buat kerja lain.

Marah pada suami sebab dia lupa buang sampah. Lepas habis marah. Tengok jam. Bila berlalu sahaja 2 minit, switch off mode tadi dan tegur suami macam biasa. Panggil suami makan.

Geram dengan isteri sebab dia pergi shopping lama sangat. Marah dia sekejap. Lepas 2 minit, pujuk la balik sambil ajak beli beg LV. Haha.. Gitteww…

Pokoknya, 2 minit sahaja untuk marah, sedih, murka dan sebagainya. Lepas 2 minit, switch off mood itu. Usah berlama-lamaan.

Kalau teringat pun sama. Ingat lah untuk 2 minit. Kenanglah untuk 2 minit. Selepas tu switch off kenangan itu dan switch on perkara lain pula.

#RemoteIsInYourHand