lack-social-approval

Berhenti Mengejar Social Approval

Dalam hidup ini, ramai yang mengejar social approval. Terlalu fikir apa orang kata. Akhirnya terperangkap dalam jerat yang dibina sendiri. Merana… Nak jadi baik pun kena fikir dulu, nanti apa orang kata🤷‍♀️💁‍♀️

Kita harap orang sekeliling akan hormat kita. Mereka akan suka pada kita. Makan pakai mesti up to date supaya orang tak mengata. Kemudian, terbeli barang yang kita tak perlukan. Kemudian kata serba serbi tak cukup.

Sebenarnya, to find your best self, you must lose your weak self. Cuba fikir, kalau sisi lemah ini masih menguasai diri, bagaimana kita mahu jadi hebat? Mustahil bukan?

Jadi, sisi lemah yang mungkin sudah berlemak ini mesti dihilangkan.

Bagaimana?

1) Relentless improvement. Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Tengok dalam semua aspek kehidupan. Kata-kata yang lebih baik. Amal ibadat yang lebih baik dan berkualiti. Hubungan yang lebih mesra. Perasaan yang lebih positif.

2) Continuous reflection. Muhasabah diri sendiri. Apa kau dah buat ni menambah Nilai hidup kau ke tidak? Kalau tak, lepas ni jangan buat lagi.. Faham! Eh, tergarang pula.

3) Ongoing self excavation. Sentiasa gali potensi diri sendiri. Setiap anak Adam di jadikan hebat. Allah sebut dalam Al-Quran, manusia adalah sebak-baik kejadian. Jadi, jangan menghina diri sendiri. Kalau tak tahu apa kehebatan kita, cari orang yang boleh tolong kita keluarkan kelebihan diri kita sendiri.

Ingat ye, if you don’t keep rising daily, you’ll get stuck in your life, for the rest of your life.

Perkara penting ini mesti di tanam dalam diri kita sendiri. Kemudian baru kita boleh tanam kan dalam diri anak kita pula. Sebab, kita mahu anak kita jadi insan hebat dan mantap serba serbi.

Begitu lah.

Siti Affiza Mohammad,
Kehidupan kita, tanggungjawab kita.

#DidikAnakSecaraSedar #RemoteIsInYourHand