Tadika terbaik Tanjung Minyak

Tadika Terbaik Masjid Tanah | Aulad Musleh

Tadika terbaik Masjid Tanah, Aulad Musleh, sering menjadi buah mulut para ibu bapa untuk pendidikan awal anak-anak mereka tau! Jadi buat ibu bapa yang tinggal di sekitar Masjid Tanah, Melaka, dan masih mencari tadika terbaik untuk mendaftarkan anak-anak, kami adalah jawapan anda.

“Apa kebaikan tadika kami sehingga memperoleh gelaran tadika terbaik Masjid Tanah? Bagaimana tadika kami menjadi pilihan utama ibu bapa di kawasan Masjid tanah?”

Antara persoalan utama para ibu bapa

Untuk pengetahuan anda, seiring dengan gelaran tadika terbaik Masjid Tanah ini, kami di Aulad Musleh Masjid Tanah telah mengadaptasi sebuah program istimewa yang dikenali sebagai The Little Caliphs Program (TLCP). Andai ibu bapa ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang program tersebut, pastikan anda baca perkongsian kami sehingga ke penghujung ya!

Tebus E-Book PERCUMA 25 Fine Motor Skills Activities Di Sini

Tentang The Little Caliphs Program (TLCP)

The Little Caliphs Program, atau akronimnya TLCP, adalah sebuah program pembelajaran prasekolah yang menggabungkan pembelajaran Islamiyyah dan Bahasa Inggeris.

Program TLCP ini adalah terbukti dalam membantu menerapkan prinsip islamik dan perkembangan kognitif anak-anak dari segi fizikal dan rohani. TLCP juga mempunyai metodologi kreatif dalam menjayakan pembelajaran anak-anak anda, kerana ia berteraskan empat prinsip kaedah pembelajaran abad ke-21 iaitu:

  1. Play Based Learning
  2. Project Based Learning
  3. Contextual Based Learning
  4. Inquiry-Based Learning

Tujuan TLCP ditubuhkan adalah untuk memupuk rasa cinta anak-anak terhadap islam pada usia muda, dan menerapkan ilmu pengetahuan di fasa perkembangan minda mereka. Program ini juga adalah untuk memastikan anak-anak dapat merasai pengalaman seronok dan efektif dalam setiap sesi pembelajaran, serta tidak berteraskan pada buku teks dan latihan semata-mata.

Buat ibu bapa yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang TLCP dan modul pembelajaran khas di Aulad Musleh, ibu bapa boleh klik di sini.

Tentang Aulad Musleh, Tadika Terbaik Masjid Tanah

tadika terbaik masjid tanah

Tadika terbaik Masjid Tanah, Aulad Musleh (Little Caliphs) kami berlokasi di SU 1456, Jalan Masjid Tanah Ria 4, Taman Masjid Tanah Ria, 78300 Masjid Tanah, Melaka.

Waktu operasi pula ada sepenuhnya dari jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kami menerima pendaftaran kemasukan kanak-kanak yang berumur dari 4 tahun hingga 6 tahun.

Kemudahan dan Aktiviti yang Disediakan di Aulad Musleh (Little Caliphs) Masjid Tanah

1) Persekitaran kelas yang selesa untuk sesi pembelajaran anak-anak

  • Dengan gelaran tadika terbaik Masjid Tanah, Aulad Musleh (Little Caliphs) Masjid Tanah akan memastikan persekitaran dan suasana kelas adalah selasa untuk setiap sesi pembelajaran anak-anak anda.
  • Ia dapat memastikan anak-anak untuk lebih fokus di dalam kelas, sekali gus bebas untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh para tenaga pengajar yang seiring dengan kurikulum TLCP.
  • Dengan menggunakan pendekatan open classroom space, aktiviti pembelajaran dan kerohanian untuk anak-anak menjadi lebih seronok dan memudahkan proses perkembangan minda mereka untuk berlaku.
Tadika Terbaik Masjid Tanah

2) Teknologi keselamatan terkini | Tadika terbaik Masjid Tanah

  • Seiring gelaran tadika terbaik Masjid Tanah, kami turut memastikan segala faktor keselamatan kanak-kanak ketika di bawah jagaan kami sebagai “number one top priority!”
  • Oleh hal yang demikian, teknologi keselamatan CCTV dan tangga keselamatan telah dilaksanakan sebaik mungkin demi menjaga keselamatan kanak-kanak dan tenaga pengajar kami.
  • Pemasangan CCTV dan tangga keselamatan ini selaras dengan syarat-syarat pembukaan tadika yang diarahkan bagi memastikan segala kecemasan dapat dikawal sepenuhnya dan mengelakkan kemalangan ketika sesi penjagaan.

3) Indoor & Outdoor Playhouse yang luas dan selamat untuk anak-anak

  • Aulad Musleh (Little Caliphs) Masjid Tanah mempunyai Outdoor dan Indoor Playhouse bagi membantu perkembangan kanak-kanak, yang boleh membantu membina keyakinan dalam diri mereka sejak usia muda.
  • Seiring dengan gelaran tadika terbaik Masjid Tanah, Outdoor dan Indoor Playhouse ini turut diselaraskan dengan ciri-ciri keselamatan yang sesuai untuk anak-anak ketika bermain.
  • Kedua-dua playhouse ini dilaksanakan di persekitaran yang luas, supaya anak-anak dapat melakukan aktiviti bersama guru-guru dan rakan-rakan, serta aktiviti dengan ibu bapa melalui program yang disediakan di sini.
  • Antara aktiviti tahunan yang menggunakan kedua-dua playhouse ini adalah Sambutan Hari Kemerdekaan tau! Anda boleh lihat anak-anak cilik kami bersama gurunya melalui gambar di bawah.
Tadika Terbaik Masjid Tanah

4) Bersebelahan dengan Asybal Playschool Masjid Tanah

  • Buat ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke taska dan tadika di bawah naungan Aulad Musleh (Little Caliphs), maka Asybal Playschool Masjid Tanah ini adalah jawapannya!
  • Ia merupakan sebuah taska untuk pengambilan anak-anak berumur 1 tahun hingga 3 tahun, dan bersebelahan sahaja dengan Tadika Aulad Musleh Masjid Tanah.
  • Jika ibu bapa mempunyai anak-anak untuk ditransitkan di sini juga boleh ya. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui pakej-pakej yang disediakan oleh Asybal Playschool Masjid Tanah ini.

Antara Pakej yang Disediakan di Aulad Musleh (Little Caliphs) Masjid Tanah

Aulad Musleh menyediakan beberapa pakej buat ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka di tadika terbaik Masjid Tanah ini. Pakej-pakej tersebut adalah seperti di bawah:

  1. Pakej A (pelajar 4 dan 5 tahun sahaja) – bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari
  2. Pakej B (untuk pelajar 4 tahun hingga 6 tahun) – bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 3:00 petang
  3. Pakej C (untuk pelajar 4 tahun hingga 6 tahun ) – bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang

Kebanyakan ibu bapa lebih cenderung untuk memilih pakej A dan C, terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja seharian di luar, bekerja dari rumah, mahupun suri rumah yang hanya ingin menghantar anak belajar dan bermain di tadika kami tanpa perlu mendapatkan pakej asuhan.

Namun jika ibu bapa lebih berminat untuk mendapatkan pakej B, anda boleh sahaja beritahu kami sewaktu pendaftaran nanti ya!

Ayuh Sertai Komuniti Tadika Terbaik Masjid Tanah, Aulad Musleh (Little Caliphs) – Benefiting From Both Worlds!

Aulad Musleh bukan sekadar sebuah tadika; ia juga adalah sebuah komuniti yang menghargai pertumbuhan dan pembangunan anak-anak anda. Tidak kira sama ada anda ibu bapa yang bekerja atau sekadar mencari persekitaran selamat dan seronok untuk anak-anak belajar, jadikanlah Aulad Musleh (Little Caliphs) sebagai salah satu pilihan tadika terbaik Masjid Tanah.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk memberikan yang terbaik buat masa hadapan anak-anak anda! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Aulad Musleh Masjid Tanah, anda boleh terus kunjungi laman web kami, atau hubungi kami melalui talian yang tertera:

Bukan itu sahaja, Aulad Musleh juga mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Melaka tau! Jika ibu bapa ingin melihat cawangan-cawangan lain yang lebih berdekatan, anda boleh klik di sini.

Bagi ibu bapa yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Aulad Musleh, tadika terbaik Masjid Tanah ini seperti yang tertera. Selamat maju jaya!

Website Asybal Playschool | Website Tadika Aulad Musleh | Facebook | Instagram