Anak menangis pagi ketika mahu ke taska. Menangis pagi ketika mahu ke tadika. Fitrah mak-mak akan bimbang.
Selalu terdetik dalam fikirkan; “Anak aku tak serasi kat sini.” “Dia kena marah atau kena cubit ke dengan cikgu?” “Ada kawan yang suka kacau dia kot.”
Mungkin ye tapi mungkin juga tidak. Banyak kes adalah tidak. Hal ini terjadi pada anak-anak saya juga. Dari yang sulung sampai yang bongsu. Kebanyakan waktu anak menangis waktu pagi sebab mengantuk. Mereka tak puas tidur. Lagi-lagi kalau malam tadi tidur lewat. Tiba-tiba kena kejut pagi. Dia pun meragam. Merengek-rengek.
Mak ayah yang kurang sabar akan terus marah dengan harapan anak akan bagi kerjasama.
But no. Mereka nangis lagi kuat.
Istilah SMA (sekolah mak aku) tak terpakai waktu ni. Dia nak menangis, dia menangis je. Dia mengantuk, dia nak tidur tapi kena paksa mandi. Jadi, dia menangis.
Berapa lama akan berlaku? Jawapannya ada pada parents. Sejauh mana boleh bantu anak berdisiplin tidur awal. Situasi ini bukan berlaku awal tahun je. Kadang tengah tahun pun jadi. Kadang akhir tahun pun boleh.
Puncanya, jadual tidur berubah. Anak tak cukup tidur. Ini major root cause yg kita perlu consider bila anak menangis waktu pagi. Kalau selesai yang ini tapi masih jadi juga lagi, kita cari faktor-faktor lain pula.
Keep calm. #didikanaksecarasedar