- Ikan bagus untuk kuatkan sistem pertahanan badan anak. Ada kajian yang diterbitkan dalam The Journal Of Nutrition beritahu yang antara cara untuk bantu tambah baik aktiviti sel darah putih dalam badan ialah dengan amalkan diet ikan yang kaya dengan Omega 3 Fatty Acid. Kalau nak tahu, sel darah putih tu lah antara komponen terpenting pada sistem imuniti badan kita.
- Dalam Scientific Reports pulak mention bahawa kanak-kanak yang makan ikan sekurang-kurangnya sekali seminggu atau lebih dikenalpasti memiliki IQ yang lebih hebat berbanding kanak-kanak yang jarang makan ikan. Masa kajian tu dibuat, kanak-kanak tu semua siap skor 4.8 point lebih tinggi dalam ujian IQ yang dijalankan.
- Paling best dalam kajian yang sama jugak, ibu bapa kanak-kanak yang kerap makan ikan tadi tu laporkan yang anak mereka kurang mengalami masalah tidur. Semuanya mempunyai tidur yang lebih berkualiti berbanding kanak-kanak yang jarang makan ikan. Anak yang selalu dapat tidur yang berkualiti ni biasanya tak banyak ragam dan senang nak faham masa belajar.
Jadi, kalau serius nak anak korang jadi makin sihat, bijak dan dapat tidur lena, tolong banyakkan stok ikan kat dalam peti ais kat rumah tu ye.
Credit: Dr. Ahmad Luqman Bukhari.