Garis zig zag ke lekuk lekuk ke semua dia hentam lurus je.
“Teacher, kita tak boleh nak belokkan kereta ni. Tangan kita sakit.”
“Macam mana ni teacher?”
Ini biasa saja untuk anak kecil. Itu tandanya perkembangan motor halus mereka masih perlu dibantu.
Jika ini terus berlaku, kemungkinan besar anak tidak mahu menulis. Dia rasa lenguh. Tangan ya sakit. Dia bukan malas.
“Alah, bayar tadika mahal buat aktiviti macam ni je? Saya pun boleh buat di rumah. Tak standard aktiviti macam ni.”
Hurmm…selama ni kenapa tak buat? Buat lah. Kami guru-guru memahami perkembangan dan filosofi perkembangan awal kanak-kanak. Kami buat aktiviti mengikut tahap dan perkembangan mereka. Dan kami tidak pernah ‘judge’ anak-anak kecil.
Kami tak kata mereka malas. Kami tak kata mereka jahat. Kami tak kata mereka degil. Kami tak kata mereka nakal.
Kami tahu, itu semua adalah simptom. Pasti ada sesuatu di sebaliknya. Sesuatu itu mesti diselesaikan.
Fitrahnya, majoriti manusia tidak terus pandai buat semua perkara.
Disclaimer: Gambar ini adalah anak murid kami yang sangat comel. Berpotensi besar. Ibu ayahnya sangat supportive dan sangat mudah beri kerjasama. Doakan semoga anak ini menjadi pemimpin yang soleh dan berilmu suatu hari nanti.