marah-tanpa-pukul-anak

7 Cara “Time Out” untuk menghukum anak tanpa memukul

Aishhh…geram je rasa. Dah berbuih mulut cakap, tapi anak masih buat salah.

Kalau kita sejenis emak yang mulut laju, kita akan terus membebel. Panjang atau pendek tu bergantung pada keadaan. Dan mood masa itu. Kadang sekejap sudah berhenti. Kadang sampai minggu depan pun masih ungkit lagi.

Kalau kita sejenis emak yang tangan laju, haa…siap kau anak. Makan cubit hari ini. Kasihan anak itu…padahal dia tak sengaja tertarik tudung yang emak baru sahaja gosok. Oppss…

Bayangkan kalau kita sejenis emak yang laju mulut dan tangan serentak.

Yang sakit bukan tempat cubitan itu sebenarnya. Tapi hati anak ketika itu mungkin sedang cedera parah. Perlu masuk ICU berhari-hari. Walaupun sembuh, parutnya tetap ada.

Ada ke cara lain untuk menghukum anak tanpa bebel, tanpa pukul?

Jawapannya ADA!

Salah satu cara yang popular adalah time out. Begini caranya:

1) Tetapkan satu spot dalam rumah sebagai tempat untuk menghukum atau mendenda anak. Beri nama kepada tempat itu. Contohnya, naughty chair atau silent wall

2) Setiap kali anak buat silap, minta dia duduk di naughty chair atau berdiri di silent wall.

3) Beritahu anak yang dia tidak boleh bergerak ke tempat lain dan tidak boleh bercakap dengan sesiapa.

4) Berapa lama nak suruh anak duduk atau berdiri di situ? Ini bergantung. Kalau first time buat, 1-2 minit cukup la. Kalau anak sudah besar dan faham arahan, boleh lama sikit. As time goes by, masa itu boleh ditambah. Cadangan saya maksimum 5 minit sudah la. Jangan suruh duduk sampai esok pula.

5) Cukup masa yang ditetapkan, datang pada anak. Tundukkan badan dan pastikan mata anda setentang dengan mata anak.

6) Tanya anak, apa kesalahan yang dia sudah buat? Tanya juga, jadi lepas ni nak buat apa? Kalau jawapan itu datang sendiri dari anak, itu lebih baik.

7) Everything ok! Bebaskan la anak itu. Jangan sambung bebel.

Semoga bermanfaat!

#DidikAnakSecaraSedar