jadi-wanita-beasi

8 Tips menjadi Wanita Besi dimata anak-anak

menjadi-wanita-besi

Wanita besi ini bernama Dr Norsaleha Mohd Salleh. Kini merupakan Pengarah Institut Kajian Hadis (INHAD), Kuis. Beliau juga adalah salah seorang Naib Presiden, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Saya mengenali beliau semasa beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Wanita ISMA. Ketika itu saya menjadi salah seorang AJK di bawah pimpinan beliau. Skil kepimpinan beliau mengagumkan. Jarang sekali beliau menyanggah cadangan dari orang lain meskipun cadangan tersebut biasa biasa sahaja.

Beliau dikurniakan 9 orang anak. Menyebabkan saya sering kali tertanya-tanya bagaimana beliau juggling mengurus dan menyeimbangkan antara rumah tangga, anak-anak, kerjaya professional dan juga aktivisma bermasyarakat.

Saya paling nak tahu tentang anak-anak. Ini 8 tips yang beliau kongsikan dengan saya:

1) Pastikan anak-anak menghafaz al-Quran untuk lembutkan hati dan jiwa

2) Beritahu anak-anak perkara halal dan haram, betul dan salah semenjak mereka kecil

3) Biasakan anak-anak dengan lagu nasyid Arab yang semangat bagi terus membakar jiwa dan semangat jihad. Fuyooo… Nganga sekejap

4) Biarkan mereka bergaduh sesama sendiri sewaktu kecil kerana itu adalah nostalgia yang akan jadi kenangan manis bila dewasa

5) Biar mereka sepahkan rumah agar apabila keluar, mereka tidak sepahkan sekolah dan tempat awam

6) Ajar anak bertanggungjawab kepada ahli keluarga terutama ketika mereka sakit

7) Didik anak berkhidmat kepada orang tua semenjak mereka kecil agar mereka terbiasa dengan rasa bertanggungjawab

8) Ajari tauhid kepada anak-anak melalui alunan zikir, ayat Quran dan Selawat

Power tips ni Puan-Puan. Beliau sudah bukti kan. Kita yang masih bertatih ni, jom kita buat.

Siti Affiza Mohammad,

#DidikAnakSecaraSedar