perkembangan-anak

Adakah selama ini cara kita membesarkan anak betul?

Bila saya belajar mengenai pendidikan awal kanak-kanak, saya menjadi fasih mengenai perkembangan mereka. Saya tahu bagaimana mahu mengoptimakan perkembangan tersebut.

Bila saya belajar tentang NLP, saya sedar bahawa pengalaman seorang kanak-kanak mempengaruhi usia dewasanya. Membentuk karakter dan peribadinya. Membina cara fikirnya. Sering kali juga dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan dalam hidupnya.

Hampir setiap hari saya mendengar cerita bagaimana seorang dewasa ini struggle untuk mengeluarkan diri dari limiting effects atau penghalang akibat luka zaman kanak-kanak. Their childhood wounds hurt them.

Ada yang sedar tetapi ramai yang tidak sedar bahawa mereka membawa beban kelukaan ini sepanjang hayat.

tadika-aulad-mulseh

Well, adakah mereka ini mempunyai ibu bapa yang jahat?

Tidak!

Seperti kebanyakan kita, ibu bapa mereka adalah orang-orang baik yang terperangkap dengan cara mereka di besarkan, merasa berkuasa sebagai ibu bapa atau sememangnya tidak pernah belajar bagaimana mahu menjadi ibu bapa yang baik.

These new adults and parents mahu break the pattern. Mereka mahu bina a fresh start dengan anak-anak mereka. Ibu bapa ini mahu besarkan anak mereka mengikut acuan yang lain. Tidak mahu ikut cara bagaimana mereka dibesarkan. Tapi niat yang baik belum cukup kuat untuk menyembuhkan luka lama.

Mereka mahu menjadi inspirasi. Mereka mahu menjadi ibu bapa yang tenang. Tetapi kehidupan yang sibuk dan stress menjadikan kemahuan itu sesuatu yang amat sukar. Just plain hard.

Sering kali mereka kalah dengan emosi sendiri. Kesilapan kecil anak menyebabkan mereka melenting over the edge.

parents-stress


Harapan untuk menjadi ibu bapa yang lebih sabar, kurang stress, berhenti memekik, lebih banyak memberi dorongan dan sokongan kepada anak bagai terkubur di situ.

On the other hand, ibu bapa yang berjaya sepertinya mempunyai rahsia mereka sendiri. Mereka lebih tenang, boleh mengurus perasaan dengan baik dan lebih connected dengan anak serta inner wisdom mereka. Bukan sekadar sabar. Tapi mereka gembira dan sentiasa menikmati saat-saat itu bersama anak mereka. Of course anak-anak menjadi better-behaved kids.

Ketahuilah bahawa perjuangan yang sebenar bukan di antara kita dan anak-anak. Ia adalah perjuangan dalam diri kita. Di saat kita mahu berikan yang terbaik untuk anak, kita sebenarnya perlu melakukan some inner work dan menyelesaikan konflik diri kita sendiri.

Of course bukan mudah. Ia jadi sukar bila kita tidak tahu caranya. Jadi, belajarlah.

Belajar untuk menyembuhkan luka kita sendiri. Belajar untuk menyayangi diri sendiri. Belajar untuk lebih mengenal siapa Pencipta kita. Belajar untuk tahu apa tujuan hidup kita. Belajar apakah tujuan sebenar kita membesarkan anak kita. Dan belajarlah untuk tahu ke mana kita akan pergi selepas ini.

InshaAllah, these will make it easier to create our longed-for deeper connection to our children. It is never too late to have a happy childhood.


#DidikAnakSecaraSedar
#RemoteIsInYourHand

Siti Affiza Mohammad,
Semoga Allah pandu…