Tadika Terbaik Sungai Udang

Tadika Terbaik Sungai Udang | Aulad Musleh

Adakah anda tahu bahawa gelaran “tadika terbaik Sungai Udang” yang sering menjadi buah mulut ibu bapa di sekitar Melaka ini, telah jatuh kepada Aulad Musleh (Little Caliphs) Sungai Udang? Selepas ini, ibu bapa sudah boleh menarik nafas lega sebab tak perlu susah payah lagi mencari tempat pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik buat si manja.

“Jadi, apa sebenarnya keistimewaan tadika terbaik Sungai Udang, Aulad Musleh (Little Caliphs) ini?”

Jom sama-sama kita kenali dengan lebih mendalam tentang Aulad Musleh (Little Caliphs) Melaka, beserta segala kelebihan dan fasiliti yang disediakan di tadika terbaik Sungai Udang ini. Sebelum itu, ibu bapa jangan lepaskan peluang untuk menebus E-Book PERCUMA daripada kami melalui link di bawah ini ya…

Tebus E-Book PERCUMA 25 Fine Motor Skills Activities Di Sini

Sejarah Penubuhan Tadika Aulad Musleh (Little Caliphs) Melaka

Sebelum kami memperkenalkan tadika terbaik Sungai Udang ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu ingin kami ceritakan serba sedikit tentang penubuhan Tadika Aulad Musleh (Little Caliphs) supaya ibu bapa berasa lebih yakin untuk menghantar anak-anak ke tadika kami.

Tadika Aulad Musleh (Little Caliphs) Melaka ini telah ditubuhkan oleh Puan Siti Affiza binti Mohammad pada tahun 2008. Ia dibangunkan dengan tujuan membantu membentuk kanak-kanak sejak usia muda dari segi fizikal dan mental, sekali gus memupuk sifat kerohanian mereka.

Di sini, kami turut mengadaptasi sebuah kurikulum Inggeris-Islamiyyah yang dikenali ramai iaitu “The Little Caliphs Program (TLCP).” Program inilah yang menambah keunikan Aulad Musleh, berbanding tadika-tadika lain di sekitar negeri Melaka.

Tadika Terbaik Sungai Udang
Puan Siti Affiza, Pengasas Aulad Musleh

Kini, Aulad Musleh telah mengembangkan lagi operasinya dengan penubuhan pusat asuhan Asybal Playschool untuk kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 3 tahun. Pusat asuhan ini sangat sesuai buat para ibu bapa berkerja yang memerlukan penjagaan harian buat anak-anak mereka.

Asas penubuhan Aulad Musleh ini, seperti yang dipetik daripada Puan Siti Affiza sendiri adalah, beliau amat percaya bahawa setiap kanak-kanak itu unik dan mempunyai kelebihan mereka tersendiri.

“Kami percaya bahawa setiap kanak-kanak adalah unik. Perkembangan mereka di zaman kanak-kanak adalah fasa yang indah dan penting dalam diri mereka, di mana mereka akan belajar tentang persekitaran sekeliling, bertanya soalan dan membuat kesimpulan sendiri tentang dunia yang mereka lihat.”

– Puan Siti Affiza, pengasas Aulad Musleh

Seiring dengan kata-kata tersebut, kami di Aulad Musleh sememangnya sentiasa berusaha memainkan peranan penting dalam perkembangan minda anak-anak anda bagi memastikan keseronokan mereka sepanjang menuntut di tadika kami. Kami juga yakin, bakat dan keunikan anak-anak Aulad Musleh dapat dibentuk dengan lebih baik dan maju di bawah bimbingan kami. InshaaAllah…

Tadika Terbaik Sungai Udang, Aulad Musleh (Little Caliphs)

Tadika Terbaik Sungai Udang

Aulad Musleh (Little Caliphs) Sungai Udang beroperasi di No 4, Jalan TP2, Taman Pahlawan, 76300 Sungai Udang, Melaka. Waktu operasi kami bermula seawal jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. Di sini, pengambilan kemasukan kanak-kanak pula adalah dalam lingkungan umur 4 tahun hingga 6 tahun sahaja.

Fasiliti dan Program yang Disediakan di Aulad Musleh (Little Caliphs) Selaku Tadika Terbaik Sungai Udang

1) Persekitaran kelas yang selesa untuk setiap sesi pembelajaran anak-anak

  • Seiring dengan gelaran tadika terbaik Sungai Udang, Aulad Musleh (Little Caliphs) akan memastikan persekitaran dan suasana kelas sentiasa berada dalam keadaan yang selasa untuk setiap sesi pembelajaran anak-anak anda.
  • Hal ini dapat memastikan anak-anak untuk lebih fokus, sekali gus bebas untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh para tenaga pengajar yang seiring dengan kurikulum TLCP.
  • Dengan menggunakan pendekatan open classroom space, aktiviti pembelajaran dan kerohanian untuk anak-anak akan menjadi lebih seronok, di samping memudahkan proses perkembangan minda mereka untuk berlaku.
Tadika Terbaik Sungai Udang

2) Teknologi keselamatan terkini | Tadika terbaik Sungai Udang

  • Di Aulad Musleh (Little Caliphs) Sungai Udang, kami turut memastikan segala faktor keselamatan kanak-kanak ketika di bawah jagaan kami sebagai “number one top priority!”
  • Oleh hal yang demikian, teknologi keselamatan CCTV dan tangga keselamatan telah dilaksanakan sebaik mungkin demi menjaga keselamatan kanak-kanak dan tenaga pengajar kami.
  • Pemasangan CCTV dan tangga keselamatan ini selaras dengan syarat-syarat pembukaan tadika yang diarahkan, bagi memastikan segala kecemasan dapat dikawal sepenuhnya dan sebarang kemalangan ketika sesi penjagaan dapat dielakkan.

3) Indoor & Outdoor Playhouse yang luas dan selamat untuk anak-anak

  • Aulad Musleh (Little Caliphs) Sungai Udang mempunyai Outdoor dan Indoor Playhouse bagi membantu perkembangan kanak-kanak, yang boleh membantu membina keyakinan dalam diri mereka sejak usia muda.
  • Seiring dengan gelaran tadika terbaik Sungai Udang, Outdoor dan Indoor Playhouse ini turut diselaraskan dengan ciri-ciri keselamatan yang sesuai untuk anak-anak ketika bermain.
  • Kedua-dua playhouse ini dilaksanakan di persekitaran yang luas, supaya anak-anak dapat melakukan aktiviti bersama guru-guru dan rakan-rakan, serta aktiviti dengan ibu bapa melalui program yang disediakan.
  • Di bawah ini turut kami kongsikan beberapa aktiviti yang kami lakukan bersama anak-anak di Aulad Musleh (Little Caliphs) Sungai Udang.

4) Pembelajaraan Islamiyyah untuk perkembangan rohani anak-anak

  • Di Aulad Musleh (Little Caliphs) Sungai Udang, pembelajaran Islamiyyah merupakan keutamaan kami di mana kanak-kanak akan mempelajari tentang ilmu Tauhid, Bahasa Arab, Doa-doa Harian dan juga Sirah.
  • Pembelajaran ini penting untuk memupuk akhlak mulia di dalam diri anak-anak, di samping menerapkan unsur-unsur islamik dari usia muda.
  • Pendedahan awal kepada Sirah yang merangkumi kisah-kisah para nabi dan rasul terdahulu juga amat penting dalam memupuk akhlak anak-anak ke arah peribadi yang lebih baik.

Antara Pakej yang Disediakan di Aulad Musleh (Little Caliphs) Sungai Udang

Aulad Musleh (Little Caliphs) menyediakan beberapa pakej buat ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka di tadika terbaik Sungai Udang kami ini. Pakej-pakej tersebut adalah seperti di bawah:

  1. Pakej A (pelajar 4 dan 5 tahun sahaja) – bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 12:30 tengah hari
  2. Pakej B (untuk pelajar 4 tahun hingga 6 tahun) – bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 3:00 petang
  3. Pakej C (untuk pelajar 4 tahun hingga 6 tahun ) – bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang

Kebanyakan ibu bapa lebih cenderung untuk memilih pakej A dan C, terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja seharian di luar, bekerja dari rumah, mahupun suri rumah yang hanya ingin menghantar anak belajar dan bermain di tadika kami tanpa perlu mendapatkan pakej asuhan.

Namun buat ibu bapa yang berminat untuk memilih pakej B pula, jangan risau ya! Ibu bapa boleh sahaja mendaftar anak-anak untuk pakej ini di Aulad Musleh (Little Caliphs) Sungai Udang. Keputusan anda adalah kepuasan kami.

Ayuh Sertai Komuniti Tadika Terbaik Sungai Udang, Aulad Musleh (Little Caliphs) – Benefiting From Both Worlds!

Aulad Musleh bukan sekadar sebuah tadika; ia juga adalah sebuah komuniti yang menghargai pertumbuhan dan pembangunan anak-anak anda. Tidak kira sama ada anda ibu bapa yang bekerja atau sekadar mencari persekitaran selamat dan seronok untuk anak-anak belajar, jadikanlah Aulad Musleh (Little Caliphs) sebagai salah satu pilihan tadika terbaik Sungai Udang.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk memberikan yang terbaik buat masa hadapan anak-anak anda! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Aulad Musleh Sungai Udang, anda boleh terus kunjungi laman web kami, atau hubungi kami melalui talian yang tertera:

Bukan itu sahaja, Aulad Musleh juga mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Melaka tau! Jika ibu bapa ingin melihat cawangan-cawangan lain yang lebih berdekatan, anda boleh klik di sini.

Bagi ibu bapa yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Aulad Musleh, tadika terbaik Sungai Udang ini seperti yang tertera. Selamat maju jaya!

Website Tadika Aulad Musleh | Facebook | Instagram