Memilih tadika untuk anak Anda adalah keputusan penting yang dapat memengaruhi perkembangan awal mereka. Ikuti beberapa tips memilih tadika yang kami sediakan.
10 Tips Memilih Tadika
Tips Pertama, mula buat ‘kaji selidik’. Anda perlu dapatkan informasi tentang tadika yang dipilih seperti program, falsafah serta fasiliti yang ada. Anda digalakkan untuk pilih lebih daripada sebuah tadika dan kemudian buat perbandingan. Selain itu, pertimbangkan juga lokasi tadika tersebut.
Kedua, keutamaan anda. Anda perlu tentukan apa yang penting buat anda sebagai ibu bapa. Kurikulum, saiz kelas, kelayakan guru, aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain adalah antara contoh yang boleh anda fokuskan untuk tadika anak-anak.
Ketiga, buat lawatan ke tadika. Tetapi pastikan anda telah buat temujanji dengan pemilik atau guru tadika terbabit. Lawatan ini bukan lawatan tadika yang dipilih. Sebaliknya anda melawat semua tadika yang telah dipertimbangkan. Namun sekiranya tidak dibenarkan melawat oleh pihak pentadbir tadika, anda boleh fikirkan alternatif lain.
Keempat, interaksi antara dua pihak. Ketika diberi peluang untuk melawat tadika terbabit, anda boleh menilai bagaimana guru-guru berinteraksi dengan murid-muridnya. Adakah mereka terlalu berlembut bila murid buat salah? Atau mereka terlalu tegas hingga murid jadi takut? Apa-apa pun carilah interaksi yang boleh memupuk sikap positif selain menggalakkan pembelajaran dan perkembangan peribadi murid.
Kelima, kurikulum dan pendekatan. Adakah ia selaras dengan nilai pendidikan anda yang anda mahu? Adakah ia menawarkan keseimbangan antara akademik dan pembangunan sahsiah?
Keenam, kelayakan guru. Kelayakan tidak hanya bergantung kepada sijil yang mereka miliki. Anda juga boleh pertimbangkan tentang pengalaman mengajar mereka.
Ketujuh, aspek keselamatan dan kesihatan juga menjadi faktor dalam tips memilih tadika terbaik buat anak-anak anda. Pastikan tadika yang anda pilih itu telah mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan yang betul yang dikeluarkan pihak berkuasa. Anda juga boleh pertimbangkan kawasan persekitaran yang bersih bersih, terurus dan bangunan diselenggara dengan baik.
Kelapan, penglibatan tadika – ibu bapa. Komunikasi dan kerjasama daripada ibu bapa dengan guru yang baik dapat memberi impak positif untuk kedua-dua pihak.
Kesembilan, kewangan. Ia bukan tentang yuran mahal atau murah. Akan tetapi ia berkait dengan kesediaan anda untuk memberi komitmen kewangan untuk pendidikan anak-anak.
Kesepuluh, reputasi tadika. Ia bukan tentang ‘jenama’ tadika atau prestijnya. Tadika yang mempunyai reputasi yang baik adalah tadika yang mampu memberikan perkhidmatan yang memuaskan setiap masa baik untuk murid, ibu bapa serta komuniti di sekitarnya.
Dengan perkongsian tips memilih tadika terbaik, kami berharap sedikit sebanyak membantu ibu ayah dalam pencarian tadika terbaik untuk si manja.
Anak-anak berhak mendapat pendidikan terbaik!
Pendidikan terbaik bukan merujuk kepada tadika berprestij atau yuran yang mahal. Sebaliknya Pendidikan terbaik ini lebih kepada faedah-faedah yang ada dalam pendidikan itu yang mampu menjadikan anak-anak kita insan berjaya di dunia dan di akhirat. Insya Allah.
Sebagai Muslim, fokus kehidupan kita bukan hanya pada kejayaan di dunia sahaja. Akhirat juga perlu dititikberatkan. Seperti kata-kata Imam Syafie:
“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan (cari) ilmu. Dan barangsiapa yang menginginkan akhirat, maka hendaklah dengan (cari) ilmu.”
Berpegang kepada moto: The Best Early Childhood Education Provider, Tadika Aulad Musleh sentiasa ke hadapan dalam menawarkan persekitaran yang menyokong serta memenuhi keperluan perkembangan anak-anak anda.
Disebabkan itu juga selama 16 tahun penubuhannya Tadika Aulad Musleh sering mendapat kepercayaan ibu bapa kerana mereka tahu, kami mampu memberi pendidikan terbaik buat anak-anak kesayangan mereka.
Macam mana nak hubungi kami?
Mudah sahaja. Boleh chat atau bercakap sendiri dengan Customer Servis Kami di :-
Whatsapp atau hubungi kami di talian 019 600 8564
Atau layari website Aulad Musleh