Tadika Aulad Musleh

Tadika Aulad Musleh – Program dan Kurikulum

Tadika Aulad Musleh – satu nama yang cukup gah dalam Pendidikan awal kanak-kanak khususnya di negeri Melaka.

Ditubuhkan kira-kira 16 tahun yang lalu, Tadika Aulad Musleh kini boleh berbangga dengan 6 buah cawangannya yang terletak di:

  • Tanjung Minyak
  • Klebang Besar
  • Sungai Udang
  • Masjid Tanah
  • Alor Gajah

Pada tahun 2024, kini kami terus berkembang dengan pembukaan cawangan terbaharu di :

  • Taman Desa Bertam – Bertam Impian.

Selain itu, antara sebab yang menjadikan Tadika Aulad Musleh pilihan utama ibu bapa untuk pendidikan awal anak-anak mereka adalah, kami menggunakan kukurikulum berdasarkan The Little Caliphs Program (TLCP).

Sedikit ringkasan tentang TLCP:

The Little Caliphs Program (TLCP) is an Islamic-English-Creative preschool program that helps children to realize their best spiritual, cognitive, socio-emotional and physical potential.

TLCP has a set of proven creative methodologies for teaching the children the meaningful foundation of Islam, learning and living skills in an integrative manner.

To equip teachers with effective teaching skills, TLCP offers a series of training on teaching content and methodologies.

(Kredit: https://littlecaliphs.com.my/our-program-what-is-the-little-caliphs-program/)

VISI

To be a preferred Islamic Early Childhood Education Centre in the community.

MISI

We strive to produce future leaders of the ummah that uphold strongly to the teaching of Al-Quran & As Sunnah.

PAKEJ

Kami menawarkan 3 pakej pilihan. Pakej ini dibezakan dengan waktu persekolahan seperti yang diringkaskan di bawah:

  1. Pakej A – Waktu persekolahan bermula dari jam 7.00 pagi – 12.30 tengah hari.
  2. Pakej B – Waktu persekolahan bermula dari jam 7.00 pagi – 3.00 petang.
  3. Pakej C – Waktu persekolahan bermula dari jam 7.00 pagi – 6.00 petang.

Kami amat menggalakkan ibu bapa untuk bertanya lebih lanjut sebelum memilih pakej yang bersesuaian dengan anak-anak. Seeloknya perkara ini telah difahami ibu bapa sebelum mendaftarkan anak-anak secara rasmi di Tadika Aulad Musleh.

KELAS

Terdapat 3 jenis kelas ditawarkan. Ringkasan untuk kelas-kelas itu seperti di bawah:

  1. Kelas KG1 – Untuk murid yang pertama kali berdaftar. Kelas ini terbahagi kepada murid berusia 4 tahun (KG1 4) dan 5 tahun (KG1 5) sahaja.
  2. Kelas KG2 – Untuk murid yang menyambung pembelajaran mereka. Sebagai contoh, Ahmad pernah belajar pada tahun lepas. Apabila ibu bapa Ahmad mendaftarkannya sekali lagi pada tahun ini, maka Ahmad akan dimasukkan ke kelas KG2.
  3. Pra Tahfiz – kelas ini terbuka untuk murid 6 tahun sahaja, di mana mereka sudah bersekolah dari umur 4 tahun. Murid-murid dari kelas ini, pada akhir pembelajaran mereka, mereka mampu membaca dan menghafaz surah-surah lazim atau sebaiknya (menghafaz) hingga surah Al-Baiyyinah.

PROGRAM / ACARA SEPANJANG TAHUN

Di Tadika Aulad Musleh, kami tidak hanya memberi tumpuan kepada aktiviti dalam kelas semata. Seperti mana yang tercatat dalam TLCP, setiap tahun Tadika Aulad Musleh akan ‘mengambil bahagian’ dalam acara-acara seperti berikut:

  • Little Hajj
  • Little Scientist
  • Sport Day
  • Ihtifal dan lain-lain.

Semua acara ini akan melibatkan murid-murid berdasarkan silibus yang telah mereka pelajari. Sebagai contoh, program Little Hajj. Dalam program ini, murid-murid akan menjalani simulasi haji seperti tawaf, sa’I, melontar Jumrah, bertalbiah dan sebagai.

Dengan adanya program seumpama ini, murid-murid akan mendapat pemahaman yang lebih meluas dan mendalam. Bukan sekadar teori sahaja. Inilah yang menjadikan Tadika Aulad Musleh unik lagi terbaik!

Tadika terbaik untuk anak-anak anda bukanlah gah pada Namanya. Kami didirikan agar ia sejajar dengan nilai kekeluargaan, menawarkan persekitaran yang menyokong dan memenuhi keperluan perkembangan anak-anak anda.

Kami menjadikan tanggungjawab mendidik lebih daripada sekadar memberi ilmu. Kami percaya, anak-anak anda berhak mendapat masa depan yang cemerlang melalui pendidikan berkualiti dan seimbang untuk dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Jom jadi sebahagian daripada keluarga Tadika Aulad Musleh!

Hubungi kami: 019-6008564 @ whatsapp kami.

Emel: admin@auladmusleh.com

Website: https://www.auladmusleh.com