perspektif-kanak-kanak

Perspektif seorang kanak-kanak terhadap orang dewasa

Dari perspektif seorang kanak-kanak…

Saya rasa SELAMAT apabila… saya boleh bergantung kepada anda untuk memenuhi keperluan saya secara konsisten dan apabila anda menyambut saya dengan kehangatan serta senyuman kasih sayang setiap hari.

Saya rasa BERKEYAKINAN apabila… anda memuji usaha-usaha saya dan mendorong saya untuk terus mencuba di saat daya sedang berusaha untuk memahami perkara baru.

Saya rasa DIDENGARI apabila… anda melihat ke dalam anak mata saya, memahami cara fikir dan perasaan saya atau memberi perhatian ke arah sesuatu yang saya pandang atau tunjuk kepada anda.

Saya rasa DILINDUNGI apabila… saya tahu apa yang perlu dijangka setiap hari, apabila kita berbual, membaca dan menyanyi bersama.

Saya rasa GEMBIRA apabila… kita bermain games dan melakukan aktiviti yang menggembirakan, bergelak ketawa, usik mengusik dan berkongsi cerita kelakar.

Saya rasa TENANG apabila… saya berasa dalam persekitaran yang selesa, membantu saya membesar dan menerima pelukan di saat saya mahu rasa selesa.

Saya rasa DIKASIHI apabila… anda mengambil berat tentang keperluan saya, memeluk saya dengan kerap, menyebut perkataan-perkataan yang baik, mengambil berat dan bersabar dengan saya.

#DidikAnakSecaraSedar