aulad-musleh

5 Tips Mempengaruhi Anak Menjadi Luar Biasa

Industri masa depan sangat berkait dengan ‘being the best version of yourself’. Itulah zaman yang anak-anak kita akan tempuh.

Jika kita mahu mereka lead their field atau menjadi pakar di dalam bidang mereka, mula terapkan perkara ini dari sekarang:

1) Become a performer and a person of depth. Sentiasa buat sesuatu dengan terbaik. Perhatikan setiap details. Kalau nak main, main sungguh-sungguh. Nak buat lego, perincikan semuanya. Sebab apa tau? Orang yang bijak pandai faham it is smarter to create one masterwork than one thousand ordinary pieces.

muslim-kid

2) Hidup sebagai individu yang luar biasa. Commit to being a highly unusual human being instead of one of those timid souls who behave like everyone else, living a sloppy life instead of a magnificent one, a derivative life instead of an original one. Ajar mereka erti hidup yang sebenar. Sebagai hamba Allah yang sebenar. Bukan mengejar dunia yang disebut dalam Al-Quran sebagai memperdaya.

3) Bantu anak explore banyak perkara. Belajar berenang, bermain ping pong, memasak, melukis, banyak membaca, menghafal Quran dan sebagainya. Ini membantu mengembangkan cara fikir mereka.

kid-thinking-berfikir

4) Latih mereka berfikir dengan jelas. Jawab dengan tepat. Bukan caca marba. Mula dengan bertanya arah hendak ke sekolah dari rumah. Perhatikan jawapan mereka. Lakukan dengan kerap dan kreatif OK.

Who-Do-I-Want-to-Become_feature-725x420-c

5) Dorong anak buat apa yang mereka suka. Bukan paksa mereka buat apa yang kita mahu. Contoh, anak suka melukis tapi kita mahu mereka ulangkaji. Bagus ulangkaji itu tetapi sama-sama semak cara kita bercakap dengan anak. Pada masa ini, kemahiran mempengaruhi lebih penting dari kemahiran memaksa yang semula jadi wujud itu.

Cukup 5 dulu ye!

Siti Affiza Mohammad,
Kita mempengaruhi anak ke kita yang terpengaruh?

_____
#DidikAnakSecaraSedar