tadika-aulad-musleh

Jangan Larang Anak Bermain!

Kanak-kanak, kerjanya setiap hari adalah bermain. Kita sebagai ibu bapa selalu rasa rimas dan boleh meradang dengan kesepahan yang mereka buat. Tapi awas! Imam Al-Ghazali memperingatkan kepada kita bahayanya melarang anak bermain.

Al-Ghazali menyarankan supaya kanak-kanak dibenarkan bermain selepas belajar. Kanak-kanak memperbaharui semangatnya dengan bermain. Tapi, tidaklah sampai mereka terlalu penat.

Bermain sesuatu yang disukai oleh kanak-kanak sebenarnya memberi kerehatan buat mereka.

Jika kanak-kanak asyik disuruh belajar, secara tidak langsung pemikirannya menjadi sempit, kecerdasannya semakin malap dan masa kecilnya kurang bahagia. Mereka juga lebih senang memberontak.

anak-bermain-tadika-aulad-musleh


Cuba ingat masa kecil kita sendiri. Berangan-angan di atas pokok jambu, berbasikal sekeliling kampung, bermain ntah apa-apa. Seronokkan? Jadi, apa salahnya beri peluang yang sama kepada anak kita.

Al-Ghazali menambah bahawa anak-anak mesti dibiasakan berjalan kaki, bergerak dan berolahraga pada sebahagian waktu siang supaya mereka tidak jadi anak yang pemalas!

Yang penting aktiviti fizikal yang melibatkan pergerakan. Bukan main games atau tengok cerita di handphone mak ayah setiap masa tau. Itu mengundang petaka namanya.

#DidikAnakSecaraSedar