love-yourself

Tell your kids to “LOVE YOURSELF”

Anak-anak perlu diajar untuk sayang dan hargai diri mereka sendiri.

Ini dapat mengelakkan mereka dari melakukan self blame. Lebih parah lagi bila mereka merasakan diri mereka celaka dan tidak berguna. Mereka akan terus menerus menyalahkan diri sendiri.

Kata-kata seperti ‘aku bodoh’, ‘aku tak cantik’, ‘aku tak pandai macam dia’ sentiasa gegak gempita dalam kepala. Kesannya boleh sampai bunuh diri sendiri. Allahu…

Kita sebagai ibu bapa mesti tidak mahu perkara begini berlaku kan?

Jadi, sayangi anak kita, berikan kata-kata yang baik dan sentiasa dorong mereka untuk hargai diri mereka sendiri.

Puan Siti Affiza Mohammad
#DidikAnakSecaraSedar