cara-makan-coklat-dengan-betul

Cara makan coklat yang betul

Ini Chef Amer, seorang pakar coklat. Beliau kongsi cara makan coklat yang betul. Saya tergelak. Makan coklat pun ada cara.

cara-makan-coklat-dengan-betul

Nah baca perkongsian beliau.

1) Coklat ada 3 jenis. Dark chocolate, milk chocolate dan white chocolate. Sebaiknya makan dark chocolate .

2) Kalau dark chocolate 99%, maknanya koko dan lemak koko tu 99%. Kalau dark chocolate 80%, maknanya koko dan lemak koko tu 80%,19% gula, 1% or less adalah lecithin, vanillin dan emulsifier.

3) Baca Bismillah, buka kotak coklat dan potong coklat. Letak coklat di tengah-tengah lidah.

4) Rapatkan lidah ke arah lelangit dan biarkan coklat melt sendiri dengan suhu badan kita sehingga coklat memenuhi ruangan lidah. Jadi semua rasa coklat akan bercampur. Masam, masin, pahit semuanya.

5) Kemudian baru lah signal akan dihantar ke otak dan endorphins dirembeskan. Kita rasa lebih tenang dan bahagia.

6) Jangan main ngap, kunyah dan telan sahaja. Rugi makan coklat gaya gini. Tapi kalau ada kacang, kau kunyah la. Kalau tak, sampai setahun pun kacang tu tak lumat. Tercekik pula nanti.

7) Kalau masa coklat melt tu ada rasa ketul-ketul, maknanya koko tidak betul-betul fine. Kalau mulut rasa berminyak, maknanya butter yang digunakan dalam pembuatan coklat itu butter murah.


Siti Affiza Mohammad,
Lepas ni makan coklat pun secara sedar.