Cuba tengok graf ni. Ia adalah tentang perkembangan otak manusia. Jika kita lihat, perkembangan otak kita berlaku dengan pesat ada usia 5 tahun yang pertama.
Ibu bapa, tolong jangan sia-siakan masa – masa emas ini. Rugi sangat.
Sebelum usia 5 tahun, otak anak adalah seperti span. Akan serap semua yang dia nampak, yang dia dengar dan apa yang dia rasa. Jadi, tanggungjawab kita untuk pastikan anak dapat benda yang betul.
Ransang otak mereka betul-betul. Beri yang terbaik. Supaya mereka membesar sebagai insan hebat.
Kalau tak tahu bagaimana caranya untuk ransang otak anak, jangan malu untuk belajar. Kalau rasa tak mampu, sibuk dan tak cukup sabar nak ajar anak sendiri, jangan ralat untuk hantar ke playschool atau ke tadika.
Pilih playschool atau tadika yang betul-betul dapat membantu perkembangan anak kita.
Jangan hanya simpan anak, beri gajet, biarkan tengok TV atau bergaul dengan bibik di rumah sahaja. Kalau bibik boleh Merancang perkembangan otak anak, ok la juga. Kalau tak… Huhu..
Jangan sia-siakan anak kita ye. Sayang…