3 Tips & Tricks Menghadapi Night Terror in Toddler

Sebelum tidur malam tadi Ninna aktif semacam. Lompat sana sini. Jerit, gelak, menangis semuanya bercampur. Di tambah pula dengan timbulnya sedikit ruam di leher yang menyebabkan Ninna rasa nak menggaru. Memang pakej lengkap.

Saya tergerak hati, ‘Habis la aku malam ni.’ Silap saya, membiarkan detik hati mati di situ.

Jangkaan saya tepat. Sedang saya khusyuk tidur, Ninna menjerit-jerit. Matanya pejam tapi jeritannya, perghhh…sampai Singapore boleh dengar. Rambut dah la ala-ala Beyonce. Macam momok ibu tengok. Campur air mata dan zikir, ‘Tak nak. Tak nakkkkk!’ Ntah apa yang dia tak nak ntah.. Main sebut je dia tu. Maklum lah, baru belajar berkataan tak nak.

Saya tahu Ninna sedang mengalami night terror. Night terror ni seperti mimpi buruk tapi jauh lebih dramatik. Saya baru sahaja sweet dream. Memang potong line la Ninna ni.

Night terror ni quite normal di kalangan toddler. Terutamanya bila dia rasa tidak selesa.

Ni sedikit tips untuk ibu-ibu yang anaknya sering mengalami night terror.

1) Bila nampak tanda-tanda lain macam pada anak sebelum tidur, buat sesuatu supaya anak selesa. Mandikan, tukar baju bersih, pastikan anak kenyang dan pastikan segalanya selesa untuk dia tidur. Malam tadi, saya sepatutnya mandi kan ðŸš¿ Ninna sebelum tidur tapi bantal ku lebih indah. Huhu..

bersihkan anak seperti tukar baju & mandikan anak

2) Ketahui bahawa anak tidak mampu nak memberi tahu kita mimpi yang dialami. Perbendaharaan katanya masih terhad. Dia hanya tahu menjerit dan menangis. Bagi susu tak nak, dukung tak nak, semua tak nak. Jadi tak payah la membebel tanya dia kenapa, buat muka serabut atau pukul anak tu. Bertenang saja. Berfikir lah di tengah kemamaianmu itu.

3) Malam tadi segala cubaan tak berjaya. Akhirnya saya ambil hp, buka video Ninna main dengan kucing. Nampak macam dia tgk video tu sambil baring tapi mata dia pejam! Ninna senyap sekejap tapi lepas tu dia menangis semula. Saya on mobile data pula. Buka YouTube pasang surah ArRahman. Ninna senyap. Baru beberapa ayat, dia sudah lena. Sampai ke pagi.

Jadi, begitu lah. Bertabahlah ibu-ibu sekalian. Kita sama sahaja. Yang penting, waktu jaga kita waras. Waktu tidur pun kita waras juga.
#kongsikanlah tulisan ini di Wall anda supaya ibu-ibu lain pun baca juga. Kot la anak mereka pun selalu night terror kan.


#DidikAnakSecaraSedar