Taska Terbaik Sungai Udang

Taska Terbaik Sungai Udang | Asybal Playschool

Tahukah ibu bapa bahawa gelaran taska terbaik Sungai Udang, Melaka, dipegang oleh Asybal Playschool Sungai Udang? Pasti ramai ibu bapa yang tertanya-tanya apa yang hebat sangat tentang taska ini kan? Tanpa membuang masa, jom kita kenali taska terbaik Sungai Udang ini.

Buat Ibu bapa yang masih mencari taska terbaik dalam pendedahan islamik di samping membantu perkembangan anak-anak pada usia muda, Asybal Playschool Sungai Udang ini sememangnya jawapan yang tepat untuk anda.

Taska kami memberi keutamaan terhadap tumbesaran anak-anak dari segi fizikal dan minda, termasuklah pembelajaran Islamiyyah di peringkat awal. Tujuan utama Asybal Playschool Sungai Udang didirikan adalah untuk memupuk ilmu berasaskan Tauhid, seiring dengan khidmat penjagaan harian anak-anak bagi memudahkan urusan para ibu bapa yang berkerja.

Sesuai dengan gelaran taska terbaik Sungai Udang, kami akan berusaha memastikan anak-anak anda memperoleh keseronokan bermain di samping menimba ilmu, serta memupuk nilai-nilai murni terbaik melalui silibus pendidikan awal kanak-kanak yang disediakan oleh kami di Asybal Playschool Sungai Udang.

Tebus E-Book PERCUMA 25 Fine Motor Skills Activities Di Sini

Kepentingan Taska untuk Anak-Anak

Sebelum kita kenali dengan lebih mendalam tentang Asybal Playschool, taska terbaik Sungai Udang ini, jom sama-sama kita ketahui kepentingan taska untuk perkembangan anak-anak anda.

1) Anak-anak dapat menyesuaikan diri dan bergaul dengan individu baharu

  • Apabila anak-anak didedahkan dengan persekitaran rakan sebaya, ini dapat membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam berkomunikasi sesama individu lain.
  • Kemahiran berkomunikasi ini penting untuk dipupuk dari usia muda, supaya rasa takut atau panik ketika menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dapat dikurangkan.

2) Memupuk nilai berdikari dalam diri anak-anak

  • Apabila anak-anak mulai berasa selesa dengan pesekitaran baharu, ia secara tidak langsung dapat memupuk nilai berdikari dalam diri mereka sekali gus menghilangkan rasa janggal jika ketiadaan ibu bapa.
  • Ini amat penting untuk melatih anak-anak bersedia memulakan fasa-fasa baharu di alam persekolahan kelak, tanpa perlu bergantung harap secara berlebihan terhadap ibu bapa.

3) Mengajar anak-anak dalam mengawal emosi dan kelakuan

  • Di bawah bimbingan guru-guru, anak-anak dapat mempelajari cara mengawal emosi dan kelakuan dengan lebih baik terutamanya ketika menghadapi konflik sesama rakan.
  • Di bawah jagaan guru-guru juga, anak-anak anda akan belajar untuk menyelesaikan konflik dengan teratur untuk mengelakkan sebarang pergaduhan atau pertelingkahan.
  • Melaui sebuah kajian yang dijalankan oleh JAMA Psychiatry, antara kebaikan menghantar anak-anak ke taska adalah, mereka lebih jarang mempunyai masalah emosi, tidak mudah berasa resah jika ditinggalkan ibu bapa dan kurang kecenderungan untuk mengasingkan diri.

Tentang Asybal Playschool, Taska Terbaik Sungai Udang

Taska Terbaik Sungai Udang

Asybal Playschool Sungai Udang ini terletak di alamat 7, Jalan Keris Perak 2, Pusat Niaga Desa Taming Sari, 76300, Sungai Udang, Melaka. Kami beroperasi sepenuhnya dari jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang.

Kemudahan dan aktiviti yang disediakan di Asybal Playschool | Taska Terbaik Sungai Udang

1) Penjagaan harian

  • Asybal Playschool Sungai Udang beroperasi pada setiap hari Isnin hinga Jumaat, bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang.
  • Jika ibu bapa pekerja ingin menghantar anak-anak ke Asybal Playschool Sungai Udang, anda boleh rujuk beberapa pakej kami seperti Pakej Adore, Pakej Super dan Pakej Transit.
  • Selain daripada memastikan keselasaan anak-anak, pihak kami juga mengutamakan waktu dan keperluan ibu bapa dalam penjagaan harian.
  • Justeru itu, kami menyediakan tiga pakej tersebut supaya ibu bapa dapat memilih pakej yang sesuai dengan waktu mereka, terutama bagi ibu bapa yang bekerja seharian.
Taska Terbaik Sungai Udang

2) Pembelajaraan Islamiyyah

  • Di Asybal Playschool Sungai Udang, pembelajaran Islamiyyah merupakan keutamaan kami di mana kanak-kanak akan mempelajari tentang ilmu Tauhid, Bahasa Arab, Doa-doa Harian dan juga Sirah.
  • Pembelajaran ini penting untuk memupuk akhlak mulia di dalam diri anak-anak, di samping menerapkan unsur-unsur islamik dari usia muda.
  • Pendedahan awal kepada Sirah yang merangkumi kisah-kisah para nabi dan rasul terdahulu juga amat penting dalam memupuk akhlak anak-anak ke arah peribadi yang lebih baik.
Taska Tebaik Sungai Udang

3) Indoor playhouse

  • Asybal Playschool turut menyediakan Indoor Playhouse supaya anak-anak taska dapat membentuk minda yang lebih kreatif, meningkatkan daya imaginasi dan sekali gus memastikan mereka dapat bergembira bersama rakan-rakan yang lain.
  • Indoor Playhouse yang lengkap dengan fasiliti berserta alat pembelajaran ini merupakan sebuah elemen penting untuk anak-anak dalam proses perkembangan minda mereka, di samping pemantauan sepenuhnya oleh guru-guru bertugas.
Taska Terbaik Sungai Udang

4) Outdoor playhouse di Asybal Playschool, Taska terbaik Sungai Udang

  • Asybal Playshool juga mempunyai Outdoor Playhouse bagi membantu perkembangan kanak-kanak dan juga membina keyakinan dalam diri mereka sejak usia muda.
  • Seiring dengan gelaran taska terbaik Sungai Udang, Outdoor Playhouse ini turut diselaraskan dengan ciri-ciri keselamatan yang sesuai untuk anak-anak ketika bermain.
  • Outdoor Playhouse ini juga mempunyai alat pembelajaran untuk anak-anak bagi memupuk minda dan fizikal yang cergas dan cerdas bagi tumbesaran mereka.

5) Teknologi keselamatan terkini

  • Seiring dengan gelaran taska terbaik Sungai Udang, Asybal Playschool turut memastikan segala faktor keselamatan kanak-kanak ketika di bawah jagaan sebagai “number one top priority!”
  • Oleh hal yang demikian, teknologi keselamatan CCTV dan tangga keselamatan telah dilaksanakan sebaik mungkin demi menjaga keselamatan kanak-kanak dan tenaga pengajar kami.
  • Pemasangan CCTV dan tangga keselamatan ini selaras dengan syarat-syarat pembukaan taska yang diarahkan bagi memastikan segala kecemasan dapat dikawal sepenuhnya dan mengelakkan kemalangan ketika sesi penjagaan.

6) Suasana kelas yang selesa

  • Kelas-kelas di Asybal Playschool juga dilengkapi dengan pelbagai alatan pembelajaran yang menarik bagi memastikan suasana bermain sambil belajar anak-anak adalah lebih ceria dan kondusif.
  • Bukan itu sahaja, penghawa dingin juga turut dipasang demi pembelajaran yang lebih selesa buat semua.
  • Di Asbyal Playschool, keselasaan anak-anak adalah kepentingan taska ini sepenuhnya bagi memastikan mereka selesa dengan sesi pembelajaran supaya mereka fokus disamping ceria ketika sesi penjagaan.
  • Tujuan ini adalah untuk membentuk ruang pembelajaran yang “Close to home” dalam memastikan anak-anak tidak berasa janggal dan takut ketika memulakan fasa baru di Asybal Playschool.
Taska Terbaik Sungai Udang

Pakej yang Disediakan di Asybal Playschool Sungai Udang

Asybal Playshool menyediakan beberapa pakej buat ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka di taska terbaik Sungai Udang ini. Pakej-pakej tersebut adalah seperti di bawah:

  1. Pakej Adore (7 bulan hingga 4 tahun) – bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 3:00 petang
  2. Pakej Super (7bulan hingga 4 tahun) – bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang
  3. Pakej Transit (4 tahun hingga 12 tahun) – bermula dari jam 12:30 tengahari sehingga 6:30 petang

Kelebihan Asybal Playschool Sungai Udang Berbanding Taska-taska Lain

Terdapat beberapa perkara yang membezakan Asybal Playschool dengan taska-taska lain di Sungai Udang. Antara aspek yang menjadi perbezaan kertara adalah

  • Trademark Asybal Playschool Bright From Start!
  • Mempunyai kurikulum tersendiri.
  • Keselamatan yang terjamin dengan pelbagai fasiliti lengkap.
  • Penglibatan ibu bapa secara mendalam bagi setiap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Asybal Playschool.
  • Guru-guru yang kompeten dan komited dalam membantu proses pembelajaran anak-anak.
  • Menawarkan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran dalam persekitaran permainan yang berstruktur.
  • Anak-anak terjamin keselamatan di Asybal Playschool Sungai Udang dengan teknologi terkini seperti CCTv yang dipasang demi pemantauan anak-anak.

Ayuh Sertai Komuniti Asybal Playschool – Bright From The Start!

Asybal Playschool bukan sekadar sebuah taska; ia juga adalah sebuah komuniti yang menghargai pertumbuhan dan pembangunan anak-anak anda. Tidak kira sama ada anda ibu bapa yang bekerja atau sekadar mencari persekitaran selamat dan seronok untuk anak belajar, jadikanlah Asybal Playschool sebagai salah satu pilihan taska terbaik Sungai Udang.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk memberikan yang terbaik buat masa depan anak-anak anda! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Asybal Playschool Sungai Udang, anda boleh terus kunjungi laman web kami atau hubungi kami seperti melalui talian yang tertera:

Bukan itu sahaja, Asybal Playschool juga mempunyai beberapa cawangan lain di sekitar Melaka tau! Jika ibu bapa ingin melihat cawangan-cawangan lain yang lebih berdekatan, anda boleh klik di sini.

Bagi ibu bapa yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Asybal Playschool, taska terbaik Sungai Udang ini seperti yang tertera. Selamat maju jaya!

Website Asybal Playschool | Website Tadika Aulad Musleh | Facebook | Instagram