Tadika Terbaik Alor Gajah

Taska Terbaik Alor Gajah | Asybal Playschool

Gelaran taska terbaik Alor Gajah ini sudah lama dipegang oleh Asybal Playschool Alor Gajah. Ibu bapa yang menetap di Melaka dah tahu ke belum tu?

Untuk pengetahuan anda, Asybal Playchool Alor Gajah merupakan pilihan kebanyakan ibu bapa bagi membantu anak-anak dalam proses penyerapan asas tauhid, di samping memperoleh suasana pembelajaran dan bermain yang selesa buat anak-anak.

Di Asybal Playschool Alor Gajah, kanak-kanak dalam lingkungan umur 1 hingga 3 tahun akan diberi perhatian sepenuhnya dalam menerokai bakat dan perkembangan tersendiri, seiring dengan umur mereka.

Moto kami adalah untuk berusaha memantau perkembangan anak-anak anda sebaik mungkin, melalui pendekatan yang lebih santai dan selamat, sesuai dengan pertumbuhan mereka. InshaAllah…

Tebus E-Book PERCUMA 25 Fine Motor Skills Activities Di Sini

Tentang Asybal Playschool, Taska Terbaik Alor Gajah

Taska Terbaik Alor Gajah

Asybal Playschool selaku taska terbaik Alor Gajah ini beroperasi di KM217, Jalan Kasa Height, Taman Kasa Height, 78000 Alor Gajah, Melaka. Taska kami beroperasi seawal jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kemudahan dan Aktiviti yang Disediakan di Asybal Playschool | Taska Terbaik Alor Gajah

Di Asybal Playschool, terdapat beberapa kemudahan dan info pembelajaran yang disediakan bagi tujuan keselamatan serta keselesaan anak-anak.

1) Penjagaan harian

  • Asybal Playschool Alor Gajah beroperasi pada setiap hari Isnin hinga Jumaat, bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang.
  • Jika ibu bapa pekerja ingin menghantar anak-anak ke Asybal Playschool Alor Gajah, anda boleh rujuk beberapa pakej kami seperti Pakej Adore, Pakej Super dan Pakej Transit.
  • Selain daripada memastikan keselasaan anak-anak, pihak kami juga mengutamakan waktu dan keperluan ibu bapa dalam penjagaan harian.
  • Justeru itu, kami menyediakan tiga pakej tersebut supaya ibu bapa dapat memilih pakej yang sesuai dengan waktu mereka, terutama bagi ibu bapa yang bekerja seharian.
Taska Terbaik Alor Gajah

2) Pembelajaraan Islamiyyah

  • Di Asybal Playschool Alor Gajah, pembelajaran Islamiyyah merupakan keutamaan kami di mana kanak-kanak akan mempelajari tentang ilmu Tauhid, Bahasa Arab, Doa-doa Harian dan juga Sirah.
  • Pembelajaran ini penting untuk memupuk akhlak mulia di dalam diri anak-anak, di samping menerapkan unsur-unsur islamik dari usia muda.
  • Pendedahan awal kepada Sirah yang merangkumi kisah-kisah para nabi dan rasul terdahulu juga amat penting dalam memupuk akhlak anak-anak ke arah peribadi yang lebih baik.

3) Indoor playhouse

  • Asybal Playschool turut menyediakan Indoor Playhouse supaya anak-anak taska dapat membentuk minda yang lebih kreatif, meningkatkan daya imaginasi dan sekali gus memastikan mereka dapat bergembira bersama rakan-rakan yang lain.
  • Indoor Playhouse yang lengkap dengan fasiliti berserta alat pembelajaran ini merupakan sebuah elemen penting untuk anak-anak dalam proses perkembangan minda mereka, di samping pemantauan sepenuhnya oleh guru-guru bertugas.

4) Outdoor playhouse di Asybal Playschool, Taska terbaik di Alor Gajah

  • Asybal Playshool juga mempunyai Outdoor Playhouse bagi membantu perkembangan kanak-kanak dan juga membina keyakinan dalam diri mereka sejak usia muda.
  • Seiring dengan gelaran taska terbaik Alor Gajah, Outdoor Playhouse ini di pasang selaras dengan ciri-ciri keselamatan yang sesuai untuk anak-anak ketika waktu bermain.
  • Outdoor Playhouse ini juga mempunyai alat pembelajaran untuk anak-anak bagi memupuk minda dan fizikal yang cergas dan cerdas bagi tumbesaran mereka.
Taska Terbaik Alor Gajah

5) Teknologi keselamatan terkini

  • Seiring dengan gelaran taska terbaik Alor Gajah, Asybal Playschool turut memastikan segala faktor keselamatan kanak-kanak ketika di bawah jagaan kami sebagai “number one top priority!”
  • Oleh hal yang demikian, teknologi keselamatan CCTV dan tangga keselamatan telah dilaksanakan sebaik mungkin demi menjaga keselamatan kanak-kanak dan tenaga pengajar kami.
  • Pemasangan CCTV dan tangga keselamatan ini selaras dengan syarat-syarat pembukaan taska yang diarahkan bagi memastikan segala kecemasan dapat dikawal sepenuhnya dan mengelakkan kemalangan ketika sesi penjagaan.

6) Suasana kelas yang selesa

  • Kelas-kelas di Asybal Playschool juga dilengkapi dengan pelbagai alatan pembelajaran yang menarik bagi memastikan suasana bermain sambil belajar anak-anak adalah lebih ceria dan kondusif.
  • Bukan itu sahaja, penghawa dingin juga turut dipasang demi pembelajaran yang lebih selesa buat semua.
  • Di Asbyal Playschool, keselasaan anak-anak adalah kepentingan taska ini sepenuhnya bagi memastikan mereka selesa dengan sesi pembelajaran supaya mereka fokus disamping ceria ketika sesi penjagaan.
  • Tujuan ini adalah untuk membentuk ruang pembelajaran yang “Close to home” dalam memastikan anak-anak tidak berasa janggal dan takut ketika memulakan fasa baru di Asybal Playschool.

Pakej yang Disediakan di Asybal Playschool Alor Gajah

Asybal Playshool menyediakan beberapa pakej buat ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka di taska terbaik Alor Gajah kami ini. Pakej-pakej tersebut adalah seperti di bawah:

  1. Pakej Adore (7 bulan hingga 4 tahun) – bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 3:00 petang
  2. Pakej Super (7 bulan hingga 4 tahun) – bermula dari jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang
  3. Pakej Transit (4 tahun hingga 12 tahun) – bermula dari jam 12:30 tengahari sehingga 6:30 petang

Kelebihan Asybal Playschool Alor Gajah Berbanding Taska-taska Lain

Terdapat beberapa perkara yang membezakan Asybal Playschool dengan taska-taska lain di Alor Gajah. Antara aspek yang menjadi perbezaan kertara adalah

  • Trademark Asybal Playschool Bright From Start!
  • Mempunyai kurikulum tersendiri.
  • Keselamatan yang terjamin dengan pelbagai fasiliti lengkap.
  • Penglibatan ibu bapa secara mendalam bagi setiap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Asybal Playschool.
  • Guru-guru yang kompeten dan komited dalam membantu proses pembelajaran anak-anak.
  • Menawarkan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran dalam persekitaran permainan yang berstruktur.

Ayuh Sertai Komuniti Asybal Playschool – Bright From The Start!

Asybal Playschool bukan sekadar sebuah taska; ia juga adalah sebuah komuniti yang menghargai pertumbuhan dan pembangunan anak-anak anda. Tidak kira sama ada anda ibu bapa yang bekerja atau sekadar mencari persekitaran selamat dan seronok untuk anak belajar, jadikanlah Asybal Playschool sebagai salah satu pilihan taska terbaik Alor Gajah.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk memberikan yang terbaik buat masa depan anak-anak anda! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Asybal Playschool Alor Gajah, anda boleh terus kunjungi laman web kami atau hubungi kami seperti melalui talian yang tertera:

Bukan itu sahaja, Asybal Playschool juga mempunyai beberapa cawangan di sekitar Melaka tau! Jika ibu bapa ingin melihat cawangan-cawangan lain yang lebih berdekatan, anda boleh klik di sini.

Bagi ibu bapa yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Asybal Playschool, taska terbaik Alor Gajah ini seperti yang tertera. Selamat maju jaya!

Website Asybal Playschool | Website Tadika Aulad Musleh | Facebook | Instagram