taska terbaik masjid tanah

Taska Terbaik Masjid Tanah | Asybal Playschool

Ada antara ibu bapa di sini yang tinggal di sekitar kawasan Masjid Tanah, Melaka dan masih mencari pusat pendidikan terbaik buat anak-anak di bawah 4 tahun? Jika ya, taska terbaik Masjid Tanah kami ini mungkin adalah pilihan yang tepat buat anda.

Taska, atau nama penuhnya “taman asuhan kanak-kanak” kian berkembang dari semasa ke semasa, menjadikannya sebagai sebuah tempat pembangunan dan pendidikan awal kanak-kanak yang menawarkan pendekatan holistik dalam membimbing pemikiran mereka.

Tebus E-Book PERCUMA 25 Fine Motor Skills Activities Di Sini

Apakah Ciri-ciri Taska Terbaik untuk Anak-anak?

Buat warga Melaka, anda wajar memastikan beberapa ciri taska terbaik yang kami kongsikan ini dipertimbangkan terlebih dahulu, sebelum melakukan sebarang proses pendaftaran buat anak-anak.

1. Kenal pasti kemudahan yang disediakan di taska – Pemasangan CCTV terutamanya adalah penting untuk memastikan keselamatan anak-anak.

2. Persekitaran yang memberangsangkan – Taska bukan sahaja perlu mempunyai persekitaran yang selamat, malahan ia juga perlu membantu merangsang pembentukan diri anak-anak bagi menggalakkan penerokaan imaginasi.

3. Guru-guru terlatih dan berdedikasi – Dengan adanya guru-guru hebat, anak-anak akan memperoleh perhatian dengan lebih baik, sekali gus mendapatkan pengalaman pembelajaran yang bersesuaian melalui kurikulum yang dirancang secara teliti, kemahiran dan nilai-nilai asas, serta etika.

4. Integrasi pengajian agama Islam – Pembelajaran diikuti dengan aktiviti-aktiviti seperti membaca ayat-ayat al-Quran, sejarah Islam, serta pemupukan adab-adab baik berlandaskan agama. Pendidikan komprehensif seperti ini akan membina ilmu asas yang kukuh bagi kanak-kanak, sekali gus membentuk mereka menjadi individu yang bukan hanya cemerlang dari segi akademik malahan juga dari segi moral.

5. Mengutamakan kebersihan dan kesihatan – Taska sewajarnya disanitasi secara berkala dan berada dalam keadaan bersih, terutama di kawasan TV dan pengalaman sensori. Hal ini supaya para ibu bapa boleh yakin bahawa tahun-tahun awal anak mereka dihabiskan di tempat yang mengutamakan ketelusan dan kejujuran.

Asybal Playschool Melaka – Taska Terbaik Masjid Tanah

Taska terbaik Masjid Tanah
Sumber: Facebook Asybal Playschool HQ

Untuk pengetahuan anda, salah satu taska terbaik Masjid Tanah di Melaka adalah dikenali dengan nama Asybal Playschool. Ditubuhkan oleh Puan Siti Affiza binti Mohammad, taska ini mencerminkan komitmen terbaik kami dalam membimbing kanak-kanak ke arah pembangunan secara holistik.

Puan Siti Affiza merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi dari Universiti Adelaide dan Ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Beliau sangat menekankan kepentingan pendidikan awal buat kanak-kanak dan telah membuat keputusan untuk menubuhkan Asybal Playschool pada tahun 2015. Langkah progresif ini juga adalah dengan harapan dapat membantu meningkatkan kebolehan dan kemahiran kanak-kanak.

Asybal Playschool turut menawarkan persekitaran yang terbimbing di mana kanak-kanak berusia 7 bulan sehingga 4 tahun akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang merangsang perkembangan emosi, fizikal, sosial, dan intelektual mereka

Lokasi dan Kemudahan Taska Terbaik Masjid tanah

Taska terbaik Masjid Tanah
Sumber: Facebook Asybal Playschool HQ

Taska terbaik Masjid Tanah, Asybal Playschool ini terletak di SU 1246, Jalan Masjid Tanah Ria 4, Taman Masjid Tanah Ria, 78300 Masjid Tanah, Melaka. Waktu operasinya pula adalah setiap Isnin hingga Jumaat, seawal jam 7:00 pagi sehingga 6:30 petang.

Apa yang pasti, Asybal Playschool amat menepati pelbagai ciri-ciri terbaik sebuah taska dalam mencipta persekitaran yang selamat dan menarik untuk anak-anak anda, seperti:

  • Pemasangan kamera CCTV terkini untuk keselamatan yang lebih baik.
  • Indoor playhouse untuk menggalakkan aktiviti fizikal.
  • Kawasan Bermain Peranan disediakan untuk merangsang kreativiti.
  • Kawasan Sudut Selesa untuk waktu rehat dan ketenangan.
  • Kawasan Kebun untuk pembelajaran praktikal.
  • Kawasan Permainan Dapur untuk menggalakkan permainan imaginasi.
  • Dinding Lukisan diadakan untuk ekspresi seni.
  • Bahagian Dinding Air pula untuk penerokaan sensori.
  • Kawasan TV digunakan untuk kandungan pendidikan.
  • Penggunaan Diffuser Young Living untuk suasana yang lebih menyenangkan.
  • Kawasan berhawa dingin untuk keselesaan semua.
  • Penyelenggaraan sanitasi berkala untuk memastikan persekitaran yang bersih.
  • Radio mini dengan surah Al-Quran untuk pembangunan rohani.
  • Guru-guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi inspirasi.

Bagaimana menurut anda? Adakah taska kami ini menepati ciri-ciri sebuah taska terbaik Masjid Tanah ataupun tidak? Kami pasti, anda boleh menilainya dengan baik.

Pakej Program dan Kurikulum di Asybal Playschool, Taska Terbaik Masjid Tanah

Kami di Asybal Playschool menawarkan pelbagai pakej program yang disesuaikan dengan beberapa kategori kumpulan umur, seperti:

1. Pakej Asybal Adore: Direka untuk kanak-kanak berusia 7 bulan hingga 4 tahun. Program ini berjalan dari jam 7:00 pagi hingga 3:00 petang, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

2. Pakej Asybal Super: Pakej ini juga untuk kanak-kanak berusia 7 bulan hingga 4 tahun, namun waktu operasinya adalah dari jam 7:00 pagi hingga 6:00 petang, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

3. Pakej Transit: Asuhan bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun dan berjalan mulai jam 1:00 petang hingga 6:00 petang, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kurikulum yang diterapkan di Asybal Playschool menggabungkan metodologi pembelajaran dan pengajaran Islam-Inggeris-Kreatif yang membina tumbesaran kanak-kanak secara spiritual, kognitif, sosio-emosional dan fizikal.

Dengan tumpuan kepada nilai-nilai Islam dan akhlak, mata pelajaran seperti hafazan, Iqra’, kajian Islam, dan tingkah laku Islam akan diajar bagi membina watak dan pengetahuan anak anda.

Taska kami juga memberi tumpuan kepada bidang perkembangan utama, termasuklah pertumbuhan rohani, fizikal, intelektual, emosi, dan sosial.

Melalui permainan pendidikan, pendidikan Islam-Inggeris, ungkapan kreativiti, dan lain-lain, anak anda akan mengalami persekitaran yang lebih penyayang dan Islamik di bawah bimbingan guru yang berdedikasi.

Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai program yang disediakan di Asybal Playschool, taska terbaik Masjid Tanah ini, anda boleh layari laman web kami untuk melihat Pakej Asybal Adore, Pakej Asybal Super, mahupun Pakej Transit.

Mengapa Perlu Pilih Asybal Playschool? | Taska Terbaik Masjid Tanah

Taska terbaik Masjid Tanah
Sumber: Facebook Asybal Playschool HQ
  • Permainan dan Aktiviti Pendidikan: Aktiviti yang disediakan adalah menarik dan menyeronokkan untuk perkembangan anak-anak.
  • Pendidikan Islam-Inggeris: Pendekatan dan pendedahan holistik terhadap pendidikan dengan nilai-nilai Islam.
  • Menggalakkan Kreativiti: Membangkitkan kreativiti dan pengekspresian diri.
  • Program Berbakat: Menyokong dan mengiktiraf bakat-bakat istimewa.
  • Bengkel Ibu Bapa: Melibatkan ibu bapa dalam perjalanan pembelajaran anak.
  • Aktiviti Muzik: Menjelajah dunia muzik.
  • Pelajaran Bahasa: Pendedahan pelbagai bahasa untuk kemahiran berkomunikasi yang lebih baik.
  • Pendekatan Bertaskakan Kanak-kanak: Menitikberatkan keperluan dan minat kanak-kanak.

Ayuh Sertai Komuniti Asybal Playschool – Bright From The Start!

Asybal Playschool bukan sekadar sebuah taska; ia juga adalah sebuah komuniti yang menghargai pertumbuhan dan pembangunan anak-anak anda. Tidak kira sama ada anda ibu bapa yang bekerja atau sekadar mencari persekitaran selamat dan seronok untuk anak belajar, jadikanlah Asybal Playschool sebagai salah satu pilihan taska terbaik Masjid Tanah.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk memberikan yang terbaik buat masa depan anak-anak anda! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Asybal Playschool Masjid Tanah, anda boleh terus kunjungi laman web kami atau hubungi kami seperti melalui talian yang tertera:

Bukan itu sahaja, Asybal Playschool juga mempunyai beberapa cawangan di sekitar Melaka tau! Jika ibu bapa ingin melihat cawangan-cawangan lain yang lebih berdekatan, anda boleh klik di sini.

Bagi ibu bapa yang mahukan sebarang info terkini pula, pastikan anda Like, Follow dan Subscribe saluran media sosial Asybal Playschool, taska terbaik Masjid Tanah ini seperti yang tertera. Selamat maju jaya!

Website Asybal Playschool | Website Tadika Aulad Musleh | Facebook | Instagram