1) Sayang dan kasih kepada anak perempuan tanpa syarat. Kadang-kadang anak tidak tahu ayah sayangkan diri mereka. Jadi, perlu diucapkan!
2) Hargai pandangan anak perempuan. Dari sudut ini, ayah boleh membina keyakinan diri anak atau menghancurkan keyakinan diri mereka selebur-leburnya. Ketahuilah bahawa cara anda respon kepada pandangan anak itu akan menentukan samada si anak akan terus percaya pada anda atau tidak. Jangan cepat sangat condemn. Anda sudah banyak pengalaman. Mungkin bertahun atau berdekad. Tetapi pandangan anak itu mungkin berdasarkan pengalamannya yang baru 3 jam.
3) Menjadi tanggungjawab ayah untuk sentiasa ada untuk anak. Jangan sekali-kali menjauhkan diri dari anak walau bagaimana pun keadaan kita atau dia.
4) Bina satu persamaan. Sama ada aktiviti atau projek. Anak anda mungkin tidak tahu, anda perlu mulakannya.
5) Jangan cepat sangat beri penyelesaian untuk masalah anak. Itu bukan kerja anda. Anda hanya perlu dengar apa yang mereka mahu cerita pada anda.
6) Jangan anggap anak perempuan lemah. Kebanyakkannya tidak suka ayah yang over protected. Sekali sekala ajar mereka untuk menguruskan risiko.
7) Ayah merupakan role model lelaki paling utama buat anak perempuan. Jadi, binalah sifat itu. Jangan sampai mereka menjadikan lelaki lain sebagai role model mereka.
8) Bawa anak perempuan keluar. To connect and enhance the relationships.
9) Jangan serahkan segala jenis tanggungjawab dan urusan kepada isteri. Jangan sesekali underestimate your power in raising a daughter.
10) Penting sekali, sebut pada anak adab pergaulan dengan lelaki lain. Ajar mereka tentang syariat Islam.