blocks-for-kids

Main blocks baik untuk anak-anak

Blocks ini, kalau terpijak memang boleh menjerit mak. Lagi kecil, lebih menyeksakan.

Tapi jangan sebab kita takut terpijak, kita tak beri anak main blocks. Cuba perhatikan gambar-gambar ini.

✔️Ada anak-anak yang letak kepala blocks di atas dan ada juga yang letak di bawah. OK je kan? It describes their own creativity

✔️Jari anak-anak halus lagi dan lembut. Bila mereka cuba attach kan satu block dengan satu block yang lain, ia membantu perkembangan motor halusnya dan juga hand & eyes coordination. Maknanya latihan menguatkan jari jemari sedang berlaku. Dan practise meletakkan satu block di tempat yang betul. Ini penting sebelum anak-anak diajar untuk memegang pensil dan belajar menulis

✔️Lihat tahap ke’khusyuk’an anak-anak. Mereka begitu fokus sekali. Latihan untuk fokus ini berlaku secara tidak langsung

Ada banyak lagi manfaat bermain blocks. Jadi, lambakkan block pada anak. In a way, aktiviti ini akan distract mereka dari bergantung kepada gadget.


#DidikAnakSecaraSedar
#asybalplayschool
#brightfromthestart
#taskamelaka