pendaftaran-tadika-aulad-musleh-2020

Tips Persiapkan Anak Untuk Masuk Tadika 2020!

Tidak sampai 30 hari lagi, kami akan menerima anak-anak kecil yang akan diasuh dan dididik di tadika. Izinkan saya berkongsi persiapan yang ibu bapa perlu lakukan bagi menghadapi hari yang mendebarkan itu 😆. Hahaha…ye, selalunya mak ayah yang lebih berdebar. Kadang kami juga lebih berdebar untuk menghadapi kerenah ibu bapa berbanding kerenah anak 😎.

Ketahui bahawa memulakan persekolahan adalah sesuatu yang amat ‘besar’ bagi kanak-kanak. Bayangkan mereka akan ditinggalkan bersama orang dewasa yang tidak pernah mereka kenali bersama rakan-rakan kecil lain yang dari pelbagai latar belakang di suatu tempat yang tidak pernah mereka jejaki.

‘Big Jump’ ini berganda-ganda kesannya kepada anak yang tidak pernah dihantar ke taska atau mana-mana institusi pendidikan atau jagaan. Anak-anak rasa mereka tidak selamat. Jadi… jom kita bantu mereka bermula sekarang. 😇

little-caliphs-tanjung-minyak

1) Mula berborak tentang tadika dengan anak. Apabila anak bermain sebutkan, ‘Di tadika nanti, abang main dengan kawan-kawan’. Tunjukkan uniform tadika, ‘Nak pergi tadika nanti, abang pakai baju ni tau. Cantik ni. Ada butterfly’. Sesekali lalu di hadapan tadika dan beritahu, ‘Inilah tadika abang nanti. Teacher di sini semua baik-baik. Semua sayang abang. Kawan-kawan pun baik.’

2) Mula buat jadual untuk anak di rumah. Bukan jadual yang skema itu. Cukup sekadar rutin yang membolehkan anak tahu, pukul berapa perlu makan, pukul berapa perlu mandi, pukul berapa boleh tengok tv dan sebagainya. Seorang professor di dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, Julie Nelson mengatakan bahawa, ‘Jika kanak-kanak tidak mempunya jadual yang konsisten di rumah, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri di tadika.’

tadika-aulad-musleh

3) Tetapkan rutin di waktu pagi dan tidur malam. Ini penting bangetttt. Mulakan dengan waktu bangun pagi. Terus mandi, gosok gigi, get dressed dan sarapan. Tetapkan juga waktu tidur, pastikan pukul 9 malam atau paling lewat pukul 10 malam, sudah lights off. Jangan lagi benarkan anak tengok tv apatah lagi melayan gadget! Jika tidak dibiasakan dari sekarang, sampai waktu sekolah nanti anak-anak akan meragam bila bangun pagi. Kemudian timbul lah kata-kata, ‘Anak menangis tidak mahu ke tadika’. Sebenarnya anak itu tidak cukup tidur atau sememangnya tidak biasa dengan rutin di waktu pagi!

tips-anak-masuk-tadika

4) Ajar anak urus diri sendiri. Biar mereka buka baju sendiri. Mandi sendiri. Pakai baju sendiri. Makan sendiri. Pakai kasut sendiri. Jangan kerana mereka anak tunggal atau bongsu, maka kita mahu sedia dan siapkan semuanya untuk mereka. Bantu mereka untuk berdikari bermula sekarang. Kerana di tadika nanti mereka perlu berdikari dan urus diri mereka sendiri. Guru ada untuk guide bukan lakukan semuanya untuk mereka. Anak kecil yang tidak biasa menguruskan dirinya sendiri akan berasa susah di tadika. Nanti, bermula lah drama-drama yang kita sendiri sudah boleh jangka.

5) Ajar anak untuk berkomunikasi dengan guru ketika di tadika. Contoh situasi yang boleh diajar kepada anak adalah seperti apabila mahu ke tandas, apabila mahu minum air, apabila mahu meminta bantuan guru dan apabila diganggu oleh rakan. Ajar juga anak-anak untuk meluahkan perasaan dengan cara yang baik.

Haa..gitu. Well, take it easy parents. Yang penting perlu faham bahawa apabila anak dihantar ke tadika, ia adalah USAHASAMA kita untuk sama-sama mendidik anak. Ada apa-apa masalah, kita boleh duduk dan bincang. Keluar dari mentality, ‘Aku sudah bayar, jadi sila pastikan anak aku pandai baca, hafal quran, pandai matematik, pastikan dia sentiasa gembira dan sebagainya.’ InshaAllah anak-anak kita hebat belaka semuanya. Kita sama-sama bimbing dan didik ok!😘

#Share di wall masing-masing supaya sentiasa ingat.

_____
#DidikAnakSecaraSedar
#TadikaAuladMusleh
#LittleCaliphs
#TadikaMelaka