otak-manusia-seperti-otot

Otak manusia seperti otot

Bayangkan jika selama 20 tahun otak ini menerima cacian, kejian dan makian. Apakah hasilnya? Apakah tindakan yang akan sentiasa diambil oleh sang pemilik otak? Apakah yang ada di dalam memorinya?

Please, jangan dera anak begini. Verbal abuse is as bad as physical abuse.

Bayangkan jika secara tiba-tiba memori pahit itu hilang. Sedangkan otak masih terlatih untuk berfikir tentang sakitnya rasa dianiaya, diperlekeh dan diabaikan. Sekian lama ia dilatih begitu.

Otaknya akan terus mencari dan mencipta masalah. Kerana otak ini belum dilatih untuk mencari perkara yang membahagiakan, menggembirakan dan menenangkan.

Jadinya, daily brain exercise sangat penting. Sentiasa fikir tentang apa yang kita mahu. Bukan apa yang kita tidak mahu. Ini self mastery yang sebenar. Kuasai subjek ini. Orang yang hebat mengawal apa yang dia fikir.

#Share post ini supaya lebih ramai orang sedar tentang perkara ini.

#DidikAnakSecaraSedar
#RemoteIsInYourHand
#parenting
#motivasi