Pentingkah SELF-ESTEEM untuk kanak-kanak?

Self-esteem is about self-respect, pride, faith and confidence. Atau mudahnya, keyakinan dan kepercayaan kepada diri sendiri.

Penting atau tidak self-esteem ini?

Pada saya sangat penting. Supaya anak tahu bahawa mereka adalah individu yang hebat, unik dan istimewa. Supaya mereka juga tahu bahawa kita sebagai ibu bapa bangga dan rasa bertuah mempunyai anak seperti mereka.

Biar baik atau buruk di mata orang lain. Tetapi pada kita, mereka cukup sempurna.

Self-esteem bukan lahir-lahir terus ada. Ia perlu dipupuk.

Oleh siapa?

Bukan oleh anak itu sendiri. Tetapi oleh kita! The father and the mother. Kita kena usahakan. Jangan ingat semuanya akan berlaku secara automatic.

Ni contoh ayat ibu bapa yang krik-krik,

Anak tak pandai bawa diri dikatanya “Memang dari kecil dia pemalu, tak nak cakap dengan orang dan susah nak bergaul.”

Anak penakut dan tidak yakin. “Kuat la sikit. Benda macam tu pun takut.”

Anak selalu rasa kalah tanpa mencuba, “Tak mengapa lah. Esok-esok retilah dia.”

I know, ramai di antara kita terbaca-bawa dalam situasi begini. Well, saya harap selepas ini kita sedar dan mula beri reaksi berbeza.

Anak perlukan ransangan, bantuan, sokongan, semangat dan pujian dari orang sekeliling. Ini penting untuk mereka kembangkan ‘rasa bangga’ terhadap diri sendiri. Bukan riak atau ujub. Tetapi ‘izzah terhadap diri mereka. Supaya mereka percaya dan sayang pada diri sendiri.

Bayangkan bagaimana pembinaan self-esteem anak yang selalu dimarah, dimaki, diperlekeh atau dihukum. Pasti rapuh dan menyedihkan.

Kita yang dah tua ni pun kalau kena hentam atau kena kecam sikit pun terus rasa down berhari-hari. Rasa tak nak hidup lah. Nak terjun lombong lah.

Fikirlah, bagaimana agaknya anak yang belum ada asas kukuh dalam diri itu menerima kutukan, herdikan dan hukuman berterusan?

Self-esteem ni bukan perkara main-main tau. Ia akan membentuk sikap seseorang dan itulah yang anak akan bawa seumur hidup mereka!

Ini tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Ingat ye, tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar bagi makan, minum, pakai, hantar sekolah. Dah tu je.

Kononnya hantar sekolah swasta, bayar yuran mahal sebab nak anak ‘menjadi’. Tapi di rumah kau buat tak tau je anak kau. Buat tak nampak. Buat tak layan. Bila kau rasa dia ‘tak behave’, kau pun jerit, marah, herdik anak tu. Lepas tu denda. Apa ni? 🤷‍♀️🤦‍♀️

Credit to Siti Affiza Mohammad,
Jangan dibunuh self-esteem anak!

#DidikAnakSecaraSedar