10 Keberuntungan Apabila Anak Lelaki Rapat Dengan Ibu

Sebelum anda baca lebih lanjut perkongsian ini, ingin admin tegaskan bahawa rapat di sini bukan bermaksud ‘anak emak’. No, no! Rapat yang dimaksudkan adalah, sesuatu yang dapat membina ikatan emosi yang mana ibu boleh lakukan sejak anak masih kecil.

Insya Allah, kelak apabila si anak meningkat dewasa, dia akan jadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab terhadap lawan jantinanya.

Perkongsian ini telah ditulis Dr. Redza Zainol dan kemudiannya dikongsi Dr. Samhan menerusi Instagram beliau.

Sebelum itu, boleh tak anda kongsikan dengan kami, anak nombor berapa yang rapat dengan anda dan jantinanya? Kalau anak lelaki yang rapat dengan anda, mungkin apa yang Dr. Redza kongsikan ini ada kaitannya dengan situasi anda sekarang.

Berikut, 10 keberuntungan apabila anak lelaki rapat dengan ibu mereka:

“Handsome nya anak ibu ni…”

Alangkah beruntungnya si ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil.

  1. Bila ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ibu itu sebenarnya sedang membantu anak membentuk persepsi dirinya atau ‘self image’ yang baik.

2. Anak yang ada persepsi baik tentang dirinya, dia lebih yakin dan selesa menjadi dirinya sendiri.

3. Tunjukkan yang kalian bangga dengan setiap ciptaan atau hasil kerjanya.

4. Raikan apabila mereka bantu ibu di dapur. Anak lelaki perlu lihat ayah dan ibunya sama-sama bekerja di dapur.

5. Kerapkan puji rupa paras anak lelaki. (Lelaki sukakan pujian)

6. Bertahun-tahun rapat dengan ibu, anak lelaki belajar tentang kasih sayang dan kelembutan ketika bergul dengan mereka dari jantina berbeza.

7. Anak lelaki perlukan sedikit bantuan untuk menguruskan kerja sekolah atau kerja di rumah. Mereka perlu belajar dan kerja yang banyak boleh dibuat mengikut peringkat sehingga selesai.

8. Mereka akan belajar cara mengurus masa dan menetapkan priority daripada ibunya. Bantu anak lelaki untuk tetapkan matlamat jangka masa pendek atau panjang yang realistik.

9. Bantu anak lelaki untuk jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling. Lebih peka dengan keadaan emosi orang di sekeliling atau  perubahan di sekitar rumah. Barulah mudah  untuk melatih anak lelaki menjadi lebih empati dengan ahli keluarga lain.

10. Teruskan usaha untuk memahami anak lelaki. Dalam kekurangan yang anak lelaki ada, carilah kebaikan dan kelebihan dirinya pasti ada! Kunci pada keyakinan diri anak lelaki yang sedang membesar terletak pada ibunya.

Daripada pemerhatian anda selama ini, apakah kesan positif yang dapat anda lihat hasil didikan anda terhadap anak lelaki dan boleh dikaitkan dengan perkongsian ini? Jom kongsi!

Semoga bermanfaat.

Kredit: Twitter: @DrRedzaZainol Instagram: @dr_samhan