1) Bermain dengan anak. Beri mereka pilih jenis permainan dan usah terlalu fokus tentang peraturan. Just go with the flow and have fun.
2) Baca buku bersama setiap hari atau sekerap yang mungkin. Mulakan sejak lahir. Bayi sangat suka mendengar suara ibu bapa mereka.
3) Jadualkan 1 masa yang istimewa setiap hari. Mungkin makan malam bersama.
4) Galakkan ‘daddy time‘. Sebenarnya inilah salah satu rahsia besar yang dapat memperbaiki kualiti hidup anak-anak. Mulakan seawal yang mungkin dan lakukan dengan kerap. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang rapat dengan ayah mendapat keputusan lebih baik di sekolah, boleh menyelesaikan masalah dengan lebih baik dan biasanya lebih cekal menghadapi ujian hidup.
5) Anak-anak mungkin tidak akan ingat apa yang kita cakap atau bebelkan pada mereka. Tapi mereka akan ingat aktiviti yang selalu dilakukan bersama. Contohnya, baca Quran lepas maghrib dan solat berjemaah setiap hari.