10 Keutamaan Keselamatan Dalam Kenderaan Untuk Kanak-Kanak

Setelah berkeluarga dan mempunyai anak, antara perkara yang perlu kita ambil berat adalah berkenaan soal keselamatan. Sekiranya kita mengabaikannya, dikhuatiri ia boleh mengancam nyawa dan seterusnya membawa maut.

Sama juga dalam hal ketika memandu kenderaan sendiri. Sebenarnya memasang kerusi keselamatan kanak-kanak belum lagi mencapai ‘standard’ keselamatan sepenuhnya ketika memandu bersama anak-anak.

Ada 10 keutamaan keselamatan dalam kenderaan untuk kanak-kanak yang perlu anda pertimbangkan apabila / bakal mengalami perkara sedemikian. Antaranya:

Proper Restraint System – Pastikan anak-anak sentiasa dilindungi mengikut ‘child restraint systems’ yang dipasang / ditetapkan seperti tempat duduk, booster seat atau tali pinggang keledar – bergantung pada umur, berat dan ketinggian mereka.

Rear-Facing Car Seats – Untuk bayi dan kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun, pakar keselamatan mengsyorkan agar anda menggunakan rear-facing car seat kerana ia sangat penting. Dengan kedudukan seperti ini ia menawarkan perlindungan yang lebih baik terutama untuk leher dan tulang belakang sekiranya berlaku pelanggaran.

Sentiasa Pakai Tali Pinggang Keledar – Sukar macam mana sekalipun, anda mesti ajar anak-anak tentang kepentingan memakai tali pinggang keledar setiap kali mereka masuk kenderaan. Anda juga perlu tunjukkan contoh dengan sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu atau berada dalam kenderaan.

Child Door Locks – Aktifkan kunci ini yang terletak di pintu belakang kenderaan anda untuk mengelakkan anak-anak membuka pintu secara tidak sengaja dari dalam semasa kenderaan sedang bergerak.

Secure Loose Objects – Pastikan sebarang objek longgar di dalam kenderaan seperti mainan, buku atau beg telah disimpan dengan betul. Sekiranya berlaku brek mengejut atau pelanggaran, objek-objek ini dikhuatiri boleh menjadi projektil berbahaya.

Elak Gangguan – Cuba kurangkan gangguan semasa memandu kerana ia boleh menjejaskan keselamatan semua penumpang termasuklah anak-anak anda. Elak menggunakan telefon bimbit, makan atau terlibat dalam aktiviti lain yang boleh mengalihkan perhatian anda ketika memandu.

Kawalan Suhu – Pastikan suhu yang selesa dan selamat di dalam kenderaan terutamanya ketika cuaca panas. Gunakan climate control features yang sesuai dan jangan sesekali tinggalkan anak-anak tanpa pengawasan di dalam kenderaan walaupun untuk tempoh yang singkat.

Check For Recalls – Sentiasa kemaskini sebarang recalls or safety notices berkaitan kenderaan atau child restraint systems dan rujuk pihak bertanggungjawab sekiranya ada kebimbangan terhadap keselamatannya.

Dahului Mereka – Ketika keluar dari kenderaan terutama bila anda berada di kawasan luar seperti di tempat letak kenderaan atau tepi jalan, pastikan anda sentiasa mendahului mereka. Pegang tangan mereka sebaik sahaja pintu dibuka. Jangan biarkan mereka berada jauh dari kenderaan kerana kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Penyelenggaraan Tetap – Sentiasa kekalkan kenderaan dalam keadaan yang baik dengan membuat pemeriksaan brek, tayar dan komponen penting lain. Penyelenggaraan yang betul dapat memastikan ciri keselamatan berfungsi dengan betul.

Mengutamakan keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan adalah sangat penting. Sentiasalah patuhi undang-undang tempatan, peraturan dan garis panduan keselamatan khusus untuk keselamatan penumpang kanak-kanak. Selain itu sentiasalah mengutamakan appropriate restraints dan berwaspada bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak sepanjang perjalanan.