Bukan Sekadar Menemani Anak-Anak Di Taman Permainan…

Kami percaya, bukan pertama kali anda ke taman permainan untuk bermaian atau teman anak-anak bersuka ria.

Tapi tahukah anda, bila berada di taman permainan ada beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu untuk memastikan keselamatan anak-anak terjamin?

Untuk itu kami kongsikan beberapa perkara yang boleh anda pertimbangkan ketika berada di taman permainan bersama anak-anak:

  1. Pemantauan – Sentiasalah perhatikan anak-anak anda dengan teliti. Pemantauan sangat penting untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan pantas bertindak sekiranya anak-anak perlukan bantuan.
  2. Permainan yang sesuai dengan usia – Galakkan anak-anak untuk libatkan diri dalam aktiviti yang sesuai dengan peringkat usia dan perkembangan mereka. Kanak-kanak yang lebih kecil mungkin memerlukan lebih banyak bimbingan dan bantuan daripada penjaga mereka.
  3. Peralatan permainan sentiasa selamat – Jika berkesempatan periksalah peralatan permainan yang ada di taman permainan. Jika ada sebarang tanda kerosakan, bucu tajam atau potensi boleh mendatangkan bahaya, sila berbuat sesuatu atau halang anak-anak daripada bermain peralatan tersebut.
  4. Pakaian yang sesuai – Pastikan anak-anak memakai pakaian yang selesa dan kasut tertutup yang sesuai untuk aktiviti fizikal. Elakkan pakaian yang ada tali. Dibimbangi jika ikatan longgar ia boleh menyebabkan tersangkut.
  5. Pelindungan matahari – Sapukan suncreen cream (krim pelindung matahari) pada kulit anak-anak (bahagian yang terdedah) untuk melindungi mereka daripada sinaran matahari berbahaya. Sediakan topi dan cermin mata hitam untuk pelindungan tambahan (jika perlu).
  6. Penghidratan – Bawa air minuman untuk pastikan anak-anak terhidrat terutamanya ketika musim panas.
  7. Interaksi sosial – Galakkan anak-anak untuk berinteraksi dengan orang lain dan buat (cari) kawan baharu. Ajar mereka tentang berkongsi, bergilir-gilir dan melayan orang lain dengan baik.
  8. Tingkah laku yang betul – Ajar anak-anak untuk hormat kanak-kanak lain dan bertoleransi ketika berkongsi peralatan di taman permainan. Ingatkan mereka untuk tidak terlibat dengan hal-hal negatif seperti vandalism atau tingkah laku yang agresif.
  9. Peluang belajar – Taman permainan turut menawarkan peluang untuk pembelajaran dan pertumbuhan anak-anak. Gunakan masa yang ada untuk ajar anak-anak tentang penyelesaian masalah, penilaian risiko dan mengatasi cabaran.
  10. Kebersihan – Galakkan anak-anak untuk menggunakan tong sampah dan sentiasa pastikan kawasan taman permainan sentiasa bersih. Tanamkan juga rasa tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.
  11. Bawa snek sihat – Jika anda bercadang untuk berada lama di taman permainan, anda boleh bawa makanan ringan yang sihat untuk pastikan anak-anak kekal bertenaga.
  12. Rehat – Jangan biarkan anak-anak bermain berterusan. Keletihan boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
  13. Ambil tahu tentang peraturan di taman permainan – Biasakan diri anda dan anak-anak dengan peraturan taman permainan dan patuhilah setiap masa.
  14. Berkelakuan sopan – Ajar anak-anak tentang hal peribadi dan kepentingannya. Contoh, jangan sentuh orang lain sembarangan.

Taman permainan bukan sahaja berkait dengan aktiviti dan keseronokan. Ia juga ada kaitan dengan keselamatan dan pembelajaran. Oleh itu sentiasalah besikap prihatin dan proaktif. Ibu bapa boleh membantu mewujudkan persekitaran yang selamat lagi menyeronokkan untuk anak-anak agar mereka dapat bermain dan meneroka sebaiknya.

Jom follow, like & share akaun sosial media kami:

FB: Tadika Aulad Musleh – Little Caliphs

IG: @littlecaliphsauladmuslehhq

Website: https://www.auladmusleh.com/

WA: https://wa.link/aqz82c