woman-busy-stress-mom

7 Cabaran Emosi Seorang Wanita

Ketahuilah wahai anak dan sang suami, setiap ibu pasti merasai 7 cabaran emosi ini:

1) Hati ibu retak seribu bila ibu tidak boleh mengambil alih kesakitan yang dihadapi oleh anak-anak. Bila anak kena cucuk sebab kuning atau dicucuk untuk vaksinnya yang pertama, anak demam, jatuh dan terhantuk kepala atau tersepit jari kecilnya di laci. Setiap kali anak menangis kesakitan, terasabu sebenarnya mahu memberi seluruh jiwa raga agar si kecil tidak lagi merasi kesakitan itu. Tapi ibu tahu, ibu tidak akan boleh buat begitu.

2) Ibu sentiasa risau. Sejak mula mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Kesan dari apa yang ibu makan hingga berapa kali anak dalam kandungan menendang semuanya menjadi igauan. Bila anak lahir dan membesar, ibu risaukan perkara lain pula. Dan ia berterusan sehingga ajal menjemput sang ibu.

3) Ibu sedar ibu bukanlah ibu yang sempurna. Ya, setiap ibu sangat mahu jadi sempurna buat ananya. Tapi seorang ibu hanyalah manusia yang tidak terlepas dari kesilapan. Akhirnya ibu buat saja apa yang ibu rasa terbaik dan berharap agar ianya tepat untuk anak ibu.

4) Ibu hidup dalam ketidakpastian. Ibu harap ibu tahu kenapa anak ibu menangis atau tidak mahu makan. Ibu harap ibu tahu bila waktunya gigi atau perut anak kesayangan ibu sakit. Lebih dari itu, ibu harap ibu tahu yang ibu sudah menjadi ibu yang terbaik. Mereka kata firasat seorang ibu itu sangat kuat. Ibu hanya mapu berharap firasat ibu lebih banyak yang benar dari yang silap.

5) Ibu belajar untuk melepaskan walaupun sukar. Ibu sedih di hari terakhir ibu menyusukan anak ibu. Anak-anak membesar terlalu cepat. Setiap apa yang dilakukan sang anak meninggalkan suatu nostalgia dalam hati ibu. Senyumannya, langkah pertamanya, hari pertama dia ke sekolah. Segala-galanya. Setiap perkembangan anak memberi cahaya di hati ibu. Tetapi jauh di sudut hati ia juga merupakan satu kehilangan. Kerana setiap yang pertama itu tidak akan berulang lagi.

6) Ibu tahu ibu tidak boleh sentiasa berada di sisi anak. Suatu kepuasan apabila sang ibu tahu dia boleh lakukan dan sediakan segalanya untuk anak. Pujuk anak bila menangis, menyuap makanan dan melindunginya dari bahaya. Walaupun anak itu akan jadi my little girl or boy forever, tapi ibu tahu ibu tidak akan selamanya ada di sisi. Ibu hanya mampu berdoa agar suatu hari nanti, cara ibu besarkan anak dan pendidikan yang ibu berikan akan membantu anak ibu membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan

7) Ibu sentiasa menangis. Menangis di saat tahu ibu mengandung. Menangis saat melahirkan dan masih menangis melihat gambarnya yang pertama selepas dilahirkan sambil menyedari yang anak ini sudah membesar. Menangis bila anak peluk cium dan menangis bila anak menangis. Ibu mengalirkan air mata kegembiraan, air mara kerisauan, air mata ketakutan dan air mata kesyukuran. Itulah air mata ibu.

Oh anakā€¦
Duhai dunia..inilah ibu yang sentiasa mahu kuat dan mahu beri yang terbaik buat anaknya.