Apa itu Perpustakaan Kanak Kanak?

Perpustakaan boleh didefinisikan sebagai sebuah gedung ilmu atau sumber rujukan bagi masyarakat. Menurut IFLA (International of Library Associations and Institutions), perpustakaan merupakan kumpulan bahan bercetak atau non bercetak dan sumber informasi dalam komputer yang tersusun secara sistematik untuk kepentingan pengguna. Berdasarkan Abdul Wahab (2009), perpustakaan ialah sebuah gedung ilmu dan tempat untuk menyimpan segala buku dari zaman dahulu sehingga sekarang. Secara umumnya, perpustakaan difahami oleh masyarakat ialah sebuah tempat rujukan untuk menbaca atau mengulangkaji pelajaran.

Pada era globalisasi sekarang, peranan perpustakaan juga turut berubah mengikut zaman. Pada awalnya, perpustakaan dikenali sebagai gedung ilmu tapi dalam konteks dunia kini, perpustakaan merupakan sumber yang paling cepat, pantas dan berguna kepada masyarakat. Hal ini terbukti, apabila peranan perpustakaan telah bertukar dari tradisional iaitu dari perkhidmatan secara manual kepada atas talian. Perkara ini, telah diumumkan tetapi masyarakat pada masa kini masih belum mengetahui akan kewujudan perpustakaan atas talian.

Apa itu Perpustakaan Kanak Kanak? Adakah masyarakat kini tahu akan kewujudahan perkhidmatanan perpustakaan kanak kanak? Di Melaka, Perpustakaan Negeri Melaka telah menyediakan perkhidmatan perpustakaan kanak kanak yang berumur 4 hingga 7 tahun. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan bagi menarik kanak kanak menghabiskan masa mereka dengan membaca buku, mengunakan segala perkhidmatan yang disediakan dan berpeluang beramah mesra dengan pengguna yang lain.

Hal ini perlu dititikberatkan oleh ibu bapa kerana budaya membaca buku merupakan hal yang penting bagi kanak kanak. Seharusnya budaya membaca perlu dipupuk sejak zaman kanak kanak lagi kerana Asfandiyar (2012) menjelaskan masyarakat yang kurang membaca merupakan masyarakat yang kurang berkembang dan senantiasa mundur berbanding mereka yang rajin membaca. Ini dapat dibuktikan apabila semakin banyak bahan bacaan dipelajari oleh seseorang, semakin banyaklah inspirasi dan pengetahuan yang diperolehi oleh mereka.

Masyarakat pada masa kini sering kali beranggapan, perpustakaan hanya terdapat buku sahaja tapi mereka acapkali terlupa akan peranan utama perpustakaan kanak kanak pada masa kini. Antara kebaikan perpustakaan kanak kanak ialah menyediakan perkhidmatan membaca yang menarik sama ada di perpustakaan rasmi atau di atas talian. Masyarakat kini kurang diberitahu akan kewujudan perpustakaan kanak kanak, tapi perkhidmatan ini sudah berabad di adakan serta memberikan peluang kepada kanak kanak itu merasai sendiri persekitaran membaca dalam keadaan yang bersesuaian dan selesa.

Perpustakaan telah menyediakan pelbagai jenis koleksi bahan bacaan kepada semua peringkat umur pengguna, dan kebiasaanya buku diperpustakaan kanak kanak boleh menarik minat kanak kanak untuk membaca. Buku yang disediakan di perpustakaan biasanya berkonsepkan ilmiah dan pembaca lebih gemar membaca diperpustakaan kerana keadaannya yang mendamaikan serta dapat memberi keselesaan kepada para pembaca. Membaca adalah sangat penting bagi peringkat awal kanak kanak kerana dengan membaca ianya dapat membentuk pembentukan kanak kanak kerana melalui aktiviti pembacaan kanak kanak dapat mengenal huruf, memperbetulkan sebutan mereka ketika membaca serta dapat mengenali ilmu yang baru disamping dapat beramah bermesra dengan pengguna yang lain.

perpustakaan_raja_tun_uda_malaysia_422Sumber: Perpustakaan Awam Negeri Selangor

Selain itu, perkhidmatan perpustakaan kanak kanak adalah bertujuan untuk kanak kanak menghabiskan masa lapang dengan membaca atau membuat perkara yang berfaedah. Ibu bapa boleh membawa anak anak mereka pada hari cuti untuk memenuhi masa lapang dengan amalan membaca, bercerita, mempelajari ilmu baru dan sebagainya. Sebagai contoh, pusat pasaraya terkini juga telah menyediakan perkhidmatan perpustakaan kanak kanak kepada para pelanggannya disamping dapat memperkenalkan perkhidmatan baru kepada masyarakat. Ibu bapa seharusnya memperkenalkan budaya membaca kepada kanak kanak di awal umur tiga hingga lima tahun bagi memberikan impak yang maksimum kepada proses pembelajaran kanak kanak.

Secara umumnya, Perpustakaan Kanak Kanak juga menyediakan perkhidmatan terkini kepada kanak kanak seperti merasai sendiri bermain permainan video. Perkara ini terbukti apabila Perpustakaan Negeri Selangor merupakan salah satu perpustakaan kanak kanak yang terbesar di Malaysia serta menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada kanak kanak tidak kira secara langsung mahupun tidak langsung. Sebagai contoh, pihak perpustakaan akan menyediakan perkhidmatan komputer kepada kanak kanak, dan dengan cara ini juga  dapat menarik minat kanak kanak untuk mempelajari sesuatu ilmu mengunakan video, animasi dan audio. Ibu bapa seharusnya tidak perlu risau kerana kemudahan teknologi seperti komputer di perpustakaan kebiasaannya dipantau oleh pegawai terlatih di perpustakaan.

perpustakaan bestari samsung 3Sumber: Perpustakaan Bestari Samsung

komputer-kanak2
Sumber: Perpustakaan Awam Negeri Selangor

Di samping itu, peranan perpustakaan kanak kanak ialah dapat mengembangkan daya imaginasi dan kognitif kanak kanak. Sebagai contoh, pihak perpustakaan seringkali mengadakan aktiviti bercerita dan aktiviti ini terbuka kepada kanak kanak. Dengan cara bercerita, ianya juga dapat menarik minat kanak kanak untuk lebih minat membaca sesebuah cerita dan mempelajari serta memahami sesuatu cerita itu dengan lebih berkesan. Kanak kanak kebiasaannya akan lebih mudah memahami sesuatu apabila mereka mempelajari secara santai dan ceria kerana mereka lebih mudah memahami dan mengingati dengan lebih mudah apa yang dipelajari oleh mereka.

Secara rumusannya, perpustakaan kanak kanak merupakan salah satu platform yang terbaik bagi dunia terkini, kerana perkhidmatan yang disediakan tidak terhad untuk pengguna mengunjungi perpustakaan semata mata bahkan pengguna juga boleh mendapatkan perkhidmatan perpustakaan dengan mengunakan medium terkini iaitu perpustakaan atas talian. Banyak faedah yang bakal dirasai oleh kanak kanak sekiranya budaya mengunjungi perpustakaan dipraktikkan antaranya dapat membantu perkembangan, pembangunan dan pembelajaran kanak kanak diperingkat awal. Sebagai contoh, persekitaran di perpustakaan dapat membantu kanak kanak untuk belajar dengan lebih mudah dan selesa kerana pelbagai perkidmatan yang efektif telah disediakan oleh pihak perpustakaan kepada pengguna. Ibu bapa seharusnya mengunakan sumber terbaik ini untuk memastikan perkembangan pembelajaran kanak kanak di peringkat awal dapat dilaksanakan dengan saksama.