Kepentingan Bermain Bagi Pendidikan Awal Kanak Kanak

1.0 Pengenalan

Anak anak merupakan harta yang sangat berharga kepada ibubapa dan seharusnya anak anak perlulah dibentuk sebaik mungkin oleh ibubapa bagi melahirkan individu yang sangat berguna kepada negara, agama mahupun bangsa. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah sampai ke rebungnya dan kanak kanak diibaratkan sebagai kain putih serta ibubapalah yang seharusnya mencorakkan warnanya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefinisikan pendidikan ialah perihal mendidik. Secara ironinya, pendidikan awal bermaksud pendidikan untuk peringkat prasekolah. Manakala menurut perkataan Inggeris pula, pendidikan adalah “Education” iaitu perkataan yang berasal daripada Latin “Educare” yang bermaksud mengasuh, memelihara dan membimbing. Azwandi (2008) juga menjelaskan pendidikan awal kanak kanak merujuk kepada pendidikan di luar rumah atau asuhan ke atas sekumpulan kanak kanak yang berumur satu tahun sehingga enam tahun.

Untitled2

Oleh itu, pemilihan prasekolah yang menekankan proses pembelajaran berkonsepkan formal mahupun tidak formal perlulah dikenalpasti supaya ianya mampu melahirkan generasi Islam yang berkualiti dan kompeten sebagai pemimpin Islam yang cemerlang pada masa hadapan. Tambahan lagi, institusi pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat di Malaysia dan ibu bapa yang berkerjaya sememangnya memilih institusi yang mereka percaya sebagai tempat untuk anak-anak mereka belajar dan bermesra sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.

Peranan ibu bapa dalam mendidik anak anak adalah sangat besar dalam proses pembelajaran terutama di sekitar pembelajaran awal kanak kanak. Ini kerana, proses pembelajaran kanak kanak sewaktu ini adalah sangat mudah dibentuk. Namun, kekangan seringkali tercetus dan memberi kesan kepada pembelajaran awal kanak kanak. Sebagai contoh, kesibukan ibu bapa yang bekerja boleh menjejaskan pembelajaran kanak kanak dan kegagalan dalam mendidik anak anak dalam mengenal pencipta.

Sememangnya islam juga telah mengalakkan pembelajaran awal bagi kanak kanak yang berumur setahun dan keatas. Ibubapa seharusnya lebih peka dalam memastikan pembelajaran awal kanak kanak seringkali dijaga bukan saja dari segi agama tapi meliputi aspek kesemuanya. Tidak kurang juga bagi ibubapa dalam memilih institusi terbaik untuk pembelajaran anak anak mereka. Pembelajaran seharusnya tidak terhad kepada pembelajaran secara langsung iaitu bergantung sepenuhnya kepada teori bahkan ibubapa atau orang sekeliling juga seharusnya menitikberatkan soal pembelajaran secara tidak langsung bagi kanak kanak. Sebagai contoh, kanak kanak acapkali meniru kelakuan daripada orang  yang lebih berumur daripadanya tidak kira meniru kelakuan baik mahupun sebaliknya.

Menurut Fauziah Md. Jaafar (2010), bermain merupakan salah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak kanak. Ini kerana, bermain adalah aktiviti simboli dan sangat memberi makna kepada kanak kanak dalam meneroka dan menjelajah persekitarannya untuk mendapatkan keseronokan yang diingini. Dari aspek psikologi, menurut Mariani & Siti Hawa (2009), bermain dalam dunia pendidikan awal kanak kanak boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu main sosial (Frost, 1992) dan main kognitif (Smilansky. 1990).

1.2 Kepentingan bermain dalam proses pembelajaran untuk kanak kanak

Guru sebagai pendidik seharusnya melakukan perancangan yang sangat teliti terutama dalam proses pembelajaran. Mereka hendaklah mengunakan pelbagai cara untuk memastikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif. Bukan saja mengunakan kemudahan terkini yang sedia ada seperti computer, telefon pintar bahkan guru juga perlu mengambil alternatif lain bagi mempelbagaikan proses pembelajaran. Sebagai contoh, guru seharusnya memperkenalkan unsur bermain dalam pembelajaran. Terdapat pelbagai contoh untuk aktiviti bermain yang dapat digunakan oleh guru semasa proses pembelajaran dan pendidikan awal kanak kanak termasuk berdrama, bercerita dan lain lain lagi.

Menurut, Mariana & Siti Hawa (2009), dalam kehidupan sosial kanak kanak, bermain merupakan salah satu pencetus kepada pertumbuhan perkembangan kanak kanak terutamanya kemahiran sosial dan emosi. Hal ini terbukti bahawa apabila kanak kanak bermain dengan rakan mereka, ini dapat membantu kanak kanak untuk menyesuaikan diri dengan orang lain. Dengan cara bermain juga ianya dapat memberikan pengalaman yang berguna kepada kanak kanak bagi meningkatkan kemahiran sosial dan mereka juga boleh belajar  mengawal diri apabila bergaul dengan rakan mereka. Tambahan pula, Mariana & Siti Hawa (2009) menjelaskan, aktiviti bermain juga dapat menyumbang kepada peningkatan  perkembangan bahasa kanak kanak dengan cara pengunaan isyarat bahasa ketika bermain.

Samuelsson dan Carlsson (2008) dalam artikal, Jaslinah (2012), mereka menjelaskan sistem pendidikan awal kanak kanak sepatutnya mengabungkan aktiviti pembelajaran dan aktivit bermain. Bagi kanak kanak, aktiviti bermain merupakan rutin harian untuk mereka untuk mengenal dan belajar erti kehidupan. Mereka menghabiskan masa dengan cara bermain bersama rakan sebaya dan membina keperibadian diri semasa bermain. Ini dapat dijelaskan, pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan cara bermain dapat meningkatkan kemahiran bahasa dan literasi dapat dipupuk apabila kanak kanak bermain dengan rakan mereka. Belajar melalui permainan merupakan salah satu proses yang pembelajaran yang melibatkan kesan positif sama ada gembira, seronok, bersuka ria serta gelak ketawa sesama mereka.

Sehubungan dengan itu, aktiviti bermain dapat meningkatkan kemahiran bahasa kanak kanak dari masa ke sesama yang lain. Sebagai contoh, Cristie dan Roskos (2009) berpendapat kebanyakan kanak kanak mampu mengenal pasti perkataan yang digunakan oleh mereka ketika bermain. Sebagai contoh, kanak kanak lebih gemar mengunakan perkataan yang santai ketika bermain, mereka lebih peka sekiranya pembelajaran diadakan secara santai tanpa memberikan tekanan kepada mereka. Justeru itu, belajar melalui bermain merupakan pendekatan terdekat dalam pembelajaran di peringkat awal kanak kanak prasekolah.

Selain itu, perkara ini boleh dibuktikan dengan kajian oleh Hamzah Dadu (1994), Kementerian Pendidikan Malaysia dalam buku panduan aktiviti prasekolah telah mengelompokkan aktiviti aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu berstruktur, fizikal, kreatif, kumpulan, imaginative dan bebas. Bagi memastikan alat pembelajaran dengan cara bermain akan lebih berkesan, guru seharusnya memantau proses pembelajaran kanak kanak serta memberikan pemantaun yang sewajarnya bagi menghasilkan mutu pembelajaran yang optimum kepada kanak kanak. Guru merupakan role model dan berperanan penting dalam proses pembelajaran kanak kanak terutama sewaktu memberikan bimbingan dan dorongan ketika proses pembelajaran.

Secara keseluruhannya, proses pembelajaran melalui cara bermain juga adalah bersesuaian dan sangat penting untuk pendidikan awal kanak kanak. Ini kerana dengan cara bermain ianya dapat merancang proses pembelajaran kanak kanak menjadi lebih efektif kerana ianya adalah berasaskan persekitaran semula jadi. Guru dan ibubapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada kanak kanak serta dapat melahirkan generasi yang cemerlang pada masa akan datang.